Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Sunday, 7 October 2012

Karya Terbaru J.K.Rowling

Femonema Harry Potter dah semakin reda sebab novelnya yang terakhir dah pun diterbitkan. Tapi J.K.Rowling rasanya masih lagi ada idea yang terpendam. Sebagai bukti baru-baru ini, novel terbarunya yang bertajuk Casual Vacansy dah pun diterbitkan. Agak berlainan dengan novel Harry Potter sebab novel kali ini  merupakan novel dewasa. Mesti korang nak tau kan tentang novel ni jadi di sini Cik Sara akan bagi sedikit sinopsis tentang Casual Vacansy.

Ceritanya bermula apabila Barry Fairweather meninggal secara tiba-tiba pada usia 40 tahun. Semua penduduk kota kecil iaitu Pagford amat terkejut atas kematian beliau. Pagford merupakan sebuah bandar kecil yang tenang dengan alun-alun pasar berbatunya dan sebuah biara kuno yang indah. Tetapi terdapat pelbagai rahsia yang tersimpan di sebalik keindahan kota ini.


Pelbagai pertelingkahan berlaku antara guru dan murid. remaja dengan ibu bapa mereka, isteri bertengkar dengan suami dan orang kaya bermusuhan dengan orang miskin. Pagford ternyata bukanlah sebuah kota yang aman.



Kematian Barry sebagai pemerintah di Pagford telah menyebabkan satu "peperangan"  baru tercetus di kota ini. Pelbagai tipu helah yang digunakan. Siapakah yang akan menang dan siapa pula yang terpaksa akur dengan keadaan sekeliling? Semua persoalan ini digabungkan dalam garapan J.K.Rowling yang amat menarik. Pelancarannya pada 27 September 2012 bakal membawa satu lagi gelombang dalam dunia penulisan dunia.














Wow..!!!Kek Paling Besar di Dunia..

Dalam banyak-banyak pencuci mulut, kek sering menjadi pilihan terutama kalau masa tea time. Kek juga bukan sekadar dijadikan pencuci mulut bahkan ianya juga sering dijadikan hadiah dan kalau time birthday tu, kalau tak da kek rasa macam tak lengkap ja kan.Hari ni Cik Sara akan kongsi sikit perihal kek. Bukan nak kongsi resepi ya tapi nak kongsi tentang satu kek yang unik.

Di China, seramai 20 orang chef bertungkus lumus nak buat satu kek yang terbesar di dunia dan mampu dimakan oleh 3000 orang. Cuba la korang bayangkan saiznya besar mana. Kek ni memerlukan 500 kg telur, 260 kg tepung, 200 kg krim. 100 kg buah-buahan dan 80 kg coklat. Disebabkam saiznya yang terlalu besar dan tak muat nak letak dalam kedai, jadi kek ini dipamer di Luoyang, wilayah Henan. Di sini Cik Sara sertakan gambar kek yang berukuran 8 meter tu sebagai bukti yang kek ini memang wujud.




Sunday, 30 September 2012

Harry Potter di Alam Nyata

Suatu ketika dahulu, novel Harry Potter hasil karya J.K.Rowling telah berjaya mencetuskan satu fenomena dalam dunia cerita fiksyen. Novel yang berlatar belakangkan kehidupan ahli sihir ini telah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga ianya difilemkan. Kini novel dan filem Harry Potter dah pun tamat sirinya dengan pengakhiran yang begitu dramatik. Selama ini peminat-peminat Harry Potter hanya mampu membayangkan kehidupan ahli sihir dan latar tempat cerita ni dalam minda ja. Untuk pengetahuan semua, di Orlando, Florida telah dibina sebuah taman mini yang diberi nama Dunia Sihir Harry Potter. Bila korang langkah ja masuk taman ni, korang akan dapat tengok kereta api Hogwarts Express. Pengunjung juga dapat tengok bandar rekaan Hogsmeade yang dilitupi salji, bumbung-bumbung bangunan serta deretan kedai-kedai yang sebijik macam dalam buku.

Ada juga kedai Honeydukes, Pos Burung Hantu dan yang paling menari perhatian komfem la binaan Hogwart. Pembinaan taman ni diselia oleh pengerusi produksi dar filem-filem Harry Potter. Penulis buku-buku Harry Potter iaitu J.K.Rowling berkerja keras untuk merealisasikan imaginasinya itu. Ini la gambar-gambar taman ahli sihir ni.