Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Sunday, 8 February 2015

Pening..!!! Airline Mana Satu Ni..???

Assalamualaikum anda-anda semua. Mood untuk update blog semakin menjadi-jadi disebabkan kebosanan sepanjang cuti semester ni. Kali ni Cik Sara terfikir nak buat entry tentang syarikat penerbangan di Malaysia yang Cik Sara pernah cuba. Berdasarkan experience sendiri tetapi lain orang lain pendapat kan. Ramai yang cakap flight mahal la, lebih baik naik bas. Kelebihan naik flight ni sebenarnya boleh menjimatkan masa perjalanan kita. Macam Cik Sara yang tinggal di pulau ni, kalau dikira total tambang nak ke Shah Alam, lebih kurang macam tiket flight ja. Mana tak nya, tiket bas RM56 kalau tak salah. Tu tak termasuk tambang feri lagi. Habis tu takkan Cik Sara nak berkayak pulak kan. Jangan lupa tambang teksi nak ke stesen bas lagi. Okey-okey.. untuk jimat, time ni la kita mintak jasa baik kawan-kawan untuk tolong hantarkan ke stesen bas kan. So total hampir rm80.

Compare dengan flight, selalu Cik Sara akan cari tiket promo la so selalu akan dapat bawah RM100. Paling murah pernah dapat RM59. Tetapi selalunya yang tak best tu tambang teksi nak ke airport la, RM40 plak tu..huhuhu.. So sekali lagi Cik Sara selalu mohon jasa baik kawan-kawan yang dikasihi.. Jimat kan. Cepat pulak tu. Sejam dah selamat sampai. Okey.. Malas nak bebel panjang-panjang. Sekarang nak share pengalaman yang tak seberapa ni.

So far Cik Sara pernah try Malindo, Firefly dan Malaysia Airline (MAS). Air Asia pon pernah tapi masa tu time sekolah rendah dulu so dah tak ingat. Fisrt nak story tentang Malindo Air. Kalau dari segi harga, ni airline yang Cik Sara suka. Why??? Selalu murah (kalau korang sempat yang promo la). Subang ke Langkawi promo boleh dapat RM59. Yang terbaru ni anda-anda semua boleh travel ke lokasi-lokasi terpilih dari hanya RM38 sahaja. Service pun okey. Pernah flight delay tapi pihak Malindo inform awal. Seminggu awal. Diorang akan e-mail dan hantar SMS. Lupa pulak, harga RM59 tu dah termasuk tax semua dah. Free baggage 15 kg (yang masuk kargo tu). Makanan ringan diorang akan bagi biskut and mineral water.


Pemandangan Pulau Langkawi dari dalam pesawat Malindo Air
Sebelum berlepas snap gambar dulu

Airline kedua adalah Firefly. Tak ingat masa tu dapat berapa ringgit tiket. Kalau tak silap RM101. Ni sebab time cuti dan harga promo untuk airline lain semua dah habis. Apakan daya.. Service dia pon okey.  Makanan ringan pun dapat. Kacang atau cake. Siap boleh pilih lagi nak air apa. Soya atau mango. Kalau baggage pulak free 20kg. Harga paling murah yang Cik Sara pernah tengok RM48.

Ni hidangan ringan yang Cik Sara pilih

Sorry terpromote IG pulak..hehe


Yang ketiga Malaysia Airline atau pun senang sebut MAS. Airline ni famous sikit kan. Tapi ini airline yang paling Cik Sara suka sebab flight yang Cik Sara naik aritu siap ada TV. Boleh la pilih-pilih cerita and yang best boleh charge fon. Okey.. to make thing clear, Malindo and Firefly kalau dari Subang ke Langkawi flight dia kecik ja. So memang la tak da tv bagai. Harga tiket pulak memang mahal sikit. Paling murah pun pernah dapat RM70. Tapi serius best. Kalau dari Langkawi, MAS ada ke KLIA 1 ja k.. nanti la Cik Sara buat entry cara-cara nak pegi Shah Alam kalau dari KLIA ni. Dan ada lagi yang paling best tentang MAS ni sebab free baggage 30kg, Boleh la korang bawak segala macam benda dari kampung kan. Cik Sara ni siap bawak ikan bilis, serai, asam jawa semua bagai..(wanita la sangat kan). Makanan ringan pun ada jugak tau.

Ni bukti naik MAS..hehe

Boleh pilih nak tengok movie apa..:)


Untuk Air Asia pula, kalau nak ke luar negara, rajin-rajin la check tiket seawal mungkin. Harga sangat la murah. Kalau tak percaya boleh cuba tengok. Tahun depan mungkin kalau diizinkan Allah Cik Sara nak travel dengan Air Asia. Nak ke mana??? Rahsia la..Jeng3..:p

Contoh ja k..Cik Sara nak pegi tempat lain.:)


Ni semua pengalaman Cik Sara dari Langkawi ke Subang atau Subang ke Langkawi (Malindo and Firefly) dan Langkawi ke KLIA (MAS). Ramai jugak student yang suka Air Asia tapi rasanya tak ada free baggage. Masalahnya Cik Sara ni suka angkut macam-macam so I need airline yang ada free baggage. Terpulang la pada anda-anda semua nak pilih airline mana yang penting kalau nak tiket murah kena la rajin search and tempah awal sebab harga promo ni cepat habis and berubah-ubah. Contoh pernah sekali tu Cik Sara tengok tiket pagi and petang ada harga RM59. Cik Sara tengah fikir punya fikir nak balik pagi ka petang pagi ka petang, lepas 3 or 4 hari kemudian check harga sekali lagi. Harga yang pagi dah naik jadi RM92 kalau tak salah. Nampak tak beza harga tu.

Selasai sudah bebelan kali ni dengan harapan entry yang ini dapat la jugak bagi idea untuk korang semua pilih airline mana untuk korang travel.

p/s: kalau flight kecil tak ada pramugara..nampak tak kegedikkan kat situ..:'D






No comments:

Post a Comment