Apa itu program asasi undang-undang???
Okey. Post Cik Sara kali ini adalah nak bagi penerangan sikit program asasi ni macam mana. Program asasi basically satu tahun (kira fast track la). Cik Sara dulu asasi undang-undang dekat UiTM Merbok. So Cik Sara focus more on undang-undang. Asasi undang-undang ni ada dua pulak. Satu under UiTM dan satu lagi under KPTM. Yang Cik Sara punya under UiTM. Ada dua sem. Asasi belajar basic things contoh kalau contract, belajar element tapi touch on surface je. Tak mendalam sangat. Sem 1 ada 7 subjek dan sem dua ada 8 subjek. Teros terang cakap, memang asa penat dan stress sbb jadual padat terutama sem 2. Tapi alah bisa tegal biasa kan. Kelebihan asasi ni pertama dia cepat masuk degree. Yang kedua dapat elaun. $$$..itu yang best..hehe.. Satu sem dpt RM1900 include yuran. So tak payah buat pinjaman apa-apa lagi. Belajar pulak fully English kecuali subjek agama. Kolej (asrama) memang dapat. Tapi elaun dan kolej ni hanya untuk dua sem. Kalau ditakdirkan kena repeat dan extend ke sem 3, so sem 3 tu kena survive sendiri without any elaun.
Untuk sambung ke degree undang-undang UiTM, kena bagi dapat pointer 3 ke atas dan MUET Band 4. MUET ni yang menbuatkan ramai student asasi undang-undang x dapat nk further degree law under UiTM. Dengar kata, sekarang ni kalau dah penuhi dua syarat tu, ada pulak temuduga. Ini kalau untuk Degree Law in UiTM. Univesiti lain, lain la requirement dia. Kalau asasi yang bawah KPTM, pointer KPTM kena 3.5 dan ke atas. Pointer KPTM ni dia kira subjek law sahaja. Contoh kalau sem 1 ada 3 subjek law, 2 subjek English, 1 subjek agama dan 1 subjek computer, so pointer KPTM tu hanya kira 3 subjek law tu saja.
Antata aktiviti time asasi adalah lawatan ke court. Cik Sara dulu buat lawatan ke Mahkamah Tinggi Ipoh. So student ada peluang untuk tanya soalan dekat judge. Macam-macam lagi aktiviti ada, contoh Sport Day. Yang paling best adalah Dinner. Time tu la nak bergaya, make up and pakai baju cantik-cantik kan. Dinner Cik Sara dulu dekat hotel Park Avenue, Sungai Petani. Kalau bab-bab assignment jangan risau sebab kebanyakan assignment adalah pair work atau group work. Yang individual sikit ja. So kepada siapa-siapa yang minat ke arah membaca, masuk la asasi undang-undang. InshaAllah best.
Baju hitam putih kena pakai setiap Ahad dan Rabu
Classmate Cik Sara
ini masa Dinner
No comments:
Post a Comment