Femonema Harry Potter dah semakin reda sebab novelnya yang terakhir dah pun diterbitkan. Tapi J.K.Rowling rasanya masih lagi ada idea yang terpendam. Sebagai bukti baru-baru ini, novel terbarunya yang bertajuk Casual Vacansy dah pun diterbitkan. Agak berlainan dengan novel Harry Potter sebab novel kali ini merupakan novel dewasa. Mesti korang nak tau kan tentang novel ni jadi di sini Cik Sara akan bagi sedikit sinopsis tentang Casual Vacansy.
Ceritanya bermula apabila Barry Fairweather meninggal secara tiba-tiba pada usia 40 tahun. Semua penduduk kota kecil iaitu Pagford amat terkejut atas kematian beliau. Pagford merupakan sebuah bandar kecil yang tenang dengan alun-alun pasar berbatunya dan sebuah biara kuno yang indah. Tetapi terdapat pelbagai rahsia yang tersimpan di sebalik keindahan kota ini.
Pelbagai pertelingkahan berlaku antara guru dan murid. remaja dengan ibu bapa mereka, isteri bertengkar dengan suami dan orang kaya bermusuhan dengan orang miskin. Pagford ternyata bukanlah sebuah kota yang aman.
Kematian Barry sebagai pemerintah di Pagford telah menyebabkan satu "peperangan" baru tercetus di kota ini. Pelbagai tipu helah yang digunakan. Siapakah yang akan menang dan siapa pula yang terpaksa akur dengan keadaan sekeliling? Semua persoalan ini digabungkan dalam garapan J.K.Rowling yang amat menarik. Pelancarannya pada 27 September 2012 bakal membawa satu lagi gelombang dalam dunia penulisan dunia.

