Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Sunday, 8 February 2015

Pening..!!! Airline Mana Satu Ni..???

Assalamualaikum anda-anda semua. Mood untuk update blog semakin menjadi-jadi disebabkan kebosanan sepanjang cuti semester ni. Kali ni Cik Sara terfikir nak buat entry tentang syarikat penerbangan di Malaysia yang Cik Sara pernah cuba. Berdasarkan experience sendiri tetapi lain orang lain pendapat kan. Ramai yang cakap flight mahal la, lebih baik naik bas. Kelebihan naik flight ni sebenarnya boleh menjimatkan masa perjalanan kita. Macam Cik Sara yang tinggal di pulau ni, kalau dikira total tambang nak ke Shah Alam, lebih kurang macam tiket flight ja. Mana tak nya, tiket bas RM56 kalau tak salah. Tu tak termasuk tambang feri lagi. Habis tu takkan Cik Sara nak berkayak pulak kan. Jangan lupa tambang teksi nak ke stesen bas lagi. Okey-okey.. untuk jimat, time ni la kita mintak jasa baik kawan-kawan untuk tolong hantarkan ke stesen bas kan. So total hampir rm80.

Compare dengan flight, selalu Cik Sara akan cari tiket promo la so selalu akan dapat bawah RM100. Paling murah pernah dapat RM59. Tetapi selalunya yang tak best tu tambang teksi nak ke airport la, RM40 plak tu..huhuhu.. So sekali lagi Cik Sara selalu mohon jasa baik kawan-kawan yang dikasihi.. Jimat kan. Cepat pulak tu. Sejam dah selamat sampai. Okey.. Malas nak bebel panjang-panjang. Sekarang nak share pengalaman yang tak seberapa ni.

So far Cik Sara pernah try Malindo, Firefly dan Malaysia Airline (MAS). Air Asia pon pernah tapi masa tu time sekolah rendah dulu so dah tak ingat. Fisrt nak story tentang Malindo Air. Kalau dari segi harga, ni airline yang Cik Sara suka. Why??? Selalu murah (kalau korang sempat yang promo la). Subang ke Langkawi promo boleh dapat RM59. Yang terbaru ni anda-anda semua boleh travel ke lokasi-lokasi terpilih dari hanya RM38 sahaja. Service pun okey. Pernah flight delay tapi pihak Malindo inform awal. Seminggu awal. Diorang akan e-mail dan hantar SMS. Lupa pulak, harga RM59 tu dah termasuk tax semua dah. Free baggage 15 kg (yang masuk kargo tu). Makanan ringan diorang akan bagi biskut and mineral water.


Pemandangan Pulau Langkawi dari dalam pesawat Malindo Air
Sebelum berlepas snap gambar dulu

Airline kedua adalah Firefly. Tak ingat masa tu dapat berapa ringgit tiket. Kalau tak silap RM101. Ni sebab time cuti dan harga promo untuk airline lain semua dah habis. Apakan daya.. Service dia pon okey.  Makanan ringan pun dapat. Kacang atau cake. Siap boleh pilih lagi nak air apa. Soya atau mango. Kalau baggage pulak free 20kg. Harga paling murah yang Cik Sara pernah tengok RM48.

Ni hidangan ringan yang Cik Sara pilih

Sorry terpromote IG pulak..hehe


Yang ketiga Malaysia Airline atau pun senang sebut MAS. Airline ni famous sikit kan. Tapi ini airline yang paling Cik Sara suka sebab flight yang Cik Sara naik aritu siap ada TV. Boleh la pilih-pilih cerita and yang best boleh charge fon. Okey.. to make thing clear, Malindo and Firefly kalau dari Subang ke Langkawi flight dia kecik ja. So memang la tak da tv bagai. Harga tiket pulak memang mahal sikit. Paling murah pun pernah dapat RM70. Tapi serius best. Kalau dari Langkawi, MAS ada ke KLIA 1 ja k.. nanti la Cik Sara buat entry cara-cara nak pegi Shah Alam kalau dari KLIA ni. Dan ada lagi yang paling best tentang MAS ni sebab free baggage 30kg, Boleh la korang bawak segala macam benda dari kampung kan. Cik Sara ni siap bawak ikan bilis, serai, asam jawa semua bagai..(wanita la sangat kan). Makanan ringan pun ada jugak tau.

Ni bukti naik MAS..hehe

Boleh pilih nak tengok movie apa..:)


Untuk Air Asia pula, kalau nak ke luar negara, rajin-rajin la check tiket seawal mungkin. Harga sangat la murah. Kalau tak percaya boleh cuba tengok. Tahun depan mungkin kalau diizinkan Allah Cik Sara nak travel dengan Air Asia. Nak ke mana??? Rahsia la..Jeng3..:p

Contoh ja k..Cik Sara nak pegi tempat lain.:)


Ni semua pengalaman Cik Sara dari Langkawi ke Subang atau Subang ke Langkawi (Malindo and Firefly) dan Langkawi ke KLIA (MAS). Ramai jugak student yang suka Air Asia tapi rasanya tak ada free baggage. Masalahnya Cik Sara ni suka angkut macam-macam so I need airline yang ada free baggage. Terpulang la pada anda-anda semua nak pilih airline mana yang penting kalau nak tiket murah kena la rajin search and tempah awal sebab harga promo ni cepat habis and berubah-ubah. Contoh pernah sekali tu Cik Sara tengok tiket pagi and petang ada harga RM59. Cik Sara tengah fikir punya fikir nak balik pagi ka petang pagi ka petang, lepas 3 or 4 hari kemudian check harga sekali lagi. Harga yang pagi dah naik jadi RM92 kalau tak salah. Nampak tak beza harga tu.

Selasai sudah bebelan kali ni dengan harapan entry yang ini dapat la jugak bagi idea untuk korang semua pilih airline mana untuk korang travel.

p/s: kalau flight kecil tak ada pramugara..nampak tak kegedikkan kat situ..:'D






Thursday, 5 February 2015

Denggi Menyerang!!! Apa Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum.. Apa khabar anda-anda semua. bertemu lagi kita dalam blog Cik Sara..hehe.. Feeling-feeling famous sikit.

Kali ni Cik Sara nak share tentang Denggi.. Tolong la baca. Cik Sara dulu pun macam korang semua jugak. Malas nak baca benda-benda macam ni. Sekali dah kena batang hidung sendiri, baru sibuk nak google, Itu pun nasib la larat jugak nak bangun.. Kalau dah terlantar nak buka mata pon tak boleh..kan susah..

Denggi ni satu penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes betina. Kalau di Malaysia ni, negeri yang paling juara dalam kes denggi adalah Selangor. Cik Sara pun kena masa dekat Shah Alam. Untuk menambahkan unsur tragik dan sadis dalam kes Cik Sara ni, Cik Sara demam dua hari sebelum final exam start..sob3..:'(

Cik Sara demam secara tiba-tiba. Sampai menggigil. Mula-mula Cik Sara syak ada masalah paru-paru sebab dah biasa jadi dulu.. (Amboi,..mengalahkan doktor..hehe..). Masa hari ketiga demam, Cik Sara pergi hospital petang tu sebab balik ja dari exam first paper, terus tak berdaya dah.. Rasa macam dah nk sampai ajal pun ada (sadis sungguh cerita kan) sampaikan Cik sara dah tulis siap-siap segala hutang dekat note dalam phone ni.. khas ditujukan kepada keluarga sekiranya apa-apa terjadi.. patut la ada pepatah Melayu kata "manusia mati meniggalkan hutang".

Housemate Cik Sara (Kak Jie and Kak Dayah) tolong bawak Cik Sara pergi Poliklinik Shah Alam tu. Terus nurse suruh ambik darah. Bila doktor tengok keputusan darah tu, terus dia cakap syak Denggi So esoknya kena la pergi ambik darah skali lagi. Lepas tengok keputusan darah skali lagi, terus doktor tu suruh pergi buat ujian denggi dan hasilnya positive..huhu.. Kalau dah sah denggi, apa lagi.. kena la ambik darah setiap hari sebab doktor nak pantau. Kalau nak tahu, denggi ni akan menyebabkan platelet kita menurun. Kalau kita luka, platelet ni la yang akan buat darah kita tu berhenti. Ni explanation mudah la Cik Sara bagi. Masa tu jugak bacaan sel darah putih Cik Sara menurun. Doktor cakap kalau bacaan platelet bawah 80, ianya boleh menyebabkan pendarahan. 

Tanda-tanda denggi:

1) Demam mengejut
2) Muntah dan hilang selera makan
3) Sakit-sakit sendi
4) Sakit dan pening kepala
5) Sakit perut atau cirit birit
6) Sesak nafas
7) Pucat atau sejuk ketika kulit disentuh
8) Pendarahan.. Selalunya time gosok gigi la

Alhamdulillah la sebab antara semua gejala ni, Cik Sara cuma deman mengejut dan pening ja. Selera makan tak kurang jugak, Bertambah lagi ada.. dan lagi satu, Cik Sara jadi pahit mulut yang teramat. Sampaikan minum air kosong pun rasa pahit. Kalau ada tanda-tanda sebegini, silalah ke hospital secepat mungkin. Doktor hanya akan bagi ubat paracetamol. Antibiotik, aspirin apa semua tu tak perlu.

Antara petua nak sembuhkan denggi:

1) Minum air kosong sebanyak mungkin, Pastikan lebih dari 3 Littler sehari,  Ini bukan petua tetapi WAJIB buat. Tidak boleh tidak ya anda-anda semua. Kalau nak senang, minum air guna botol mineral tu. Kalau dua botol besar dah 3 Litller.. Cik Sara pernah minum sampai 6 littler. Sampai tak boleh tidur sebab terpaksa ulang- alik ke toilet.

2) Sup Ketam- Sup ketam pun bagus jugak. Sebaiknya ketam nipah yang besar gedabak tu. Nasib la Cik Sara dapat housemate semua yang baik-baik. Diorang la tolong cari kan sup tu. Tapi harga dia mahal sikit la. Seekor tu rm26. Terkejut jugak masa tau tu tapi nak lega punya pasal tak apalah kan. Disebabkan harga dan Cik Sara hanyalah seorang student yang tengah kering duit time tu (lagi satu unsur sadis dan tragik) Cik Sara makan sup tu selama 4 hari.

3) Daun betik- Ini antara petua yang Cik Sara try jugak. Basuh daun betik bersih-bersih. Then rebuskan sampai air tinggal dalam dua sudu macam tu. Rasa dia tersangat la pahit. Cik Sara sempat minum dua kali sebab lepas tu platelet dh naik balik. Harapnya itulah kali terakhir Cik Sara minum benda tu.

4) Buah betik- Ada orang cakap buah betik pun bagus. Yang ni sedap la. Jauh beza dengan rasa daun dia tu. Cik Sara makan tu untuk hilangkan pahit air rebusan daun betik tu tadi.

5) Daging- Ada kawan Cik Sara suggestkan makan daging banyak-banyak.

Ni adalah petua-petua yang Cik Sara sendiri cuba. Alhamdulillah selepas dua kali makan sup ketam dan minum air rebusan daun betik tu, bacaan platelet naik balik. Petua lain contoh minum air kelapa dan minum juga air bali. Ni mungkin untuk hilangkan demam. Ni semua cik sara google so everything disclaimer ya sebab Cik Sara bukan doktor. Cuma cuba apa yang orang cakap ja.

Apa-apa pun Cik Sara sangat bersyukur sebab Cik Sara masih lagi mampu berjalan dan aktif seperti biasa masa kena denggi tu dan tak lupa juga kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu. Ini part paling terharu, housemate Cik Sara jaga makan minum and tolong bawak Cik Sara pegi ambik darah. Kawan Cik Sara pulak akan bawak Cik Sara pergi Hospital Klang yang ramai gila orang kat situ sampai pernah balik pukol 1 pagi. Terima kasih semua..huhuhu.. Kawan-kawan yang lain banyak bagi support. Masa tu Cik Sara tak bagi mak Cik Sara datang lagi sebab everything masih terkawal..hehe.. Dan selepas 8 kali ambik darah, Cik Sara dah sembuh tapi lebam jugak la tangan. Apa-apa pun jagalah kesihatan. Pastikan kawasan rumah anda bebas nyamuk Aedes..

p/s: kawan Cik Sara cakap, lepas kena denggi, mesti fobia dengan nyamuk kan. Fobia dia ibarat macam kena rogol..kahkahkah...^_^





Aktiviti Fogging untuk halau nyamuk


Cegah denggi sebelum terlambat




Travel??? Jom Try Backpacking Travel..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama sangat tak update blog ni sampaikan bahasa pon dah makin skema dah.. Hehe.. Banyak cerita sebenarnya nak share tapi sebab dah lama sangat tak update, semua cerita dah basi dah. Tidak sesuai dibaca umum..kihkihkih

By the way, entry kali ni just simple and nice... ewahhhh!!! speaking London gitu... Cik Sara sebenarnya tengah plan nak pergi trip. Tapi bukan dalam masa terdekat la, May be next year. Apa yang buat Cik Sara plan awal ni sebabnya Cik Sara nak try "Backpacking Travel". Haaaaa!!!!! Apa kebenda tu. Meh sini nak story.. "Backpacking Travel" ni adalah salah satu cara untuk travel dengan bajet yang sikit. Dia lain dari konsep melancong. Kalau konsep melancong ni dia rileks sikit tapi kalau backpacking punya travel, lebih banyak adventures. Macam kita yang muda-muda ni sesuai sangat pegi dengan cara ni sebab kudrat tu masih kuat kan. Kalau ikot wikipedia, dia cakap independent international travel dan termasuk lah bawak backpack untuk senang. Sebab tu la nama dia pun Backpacking travel kan. Korang jangan pulak bawak luggage besar gedabak macam nak pegi Mekah tu.

Kelebihan:

1) Jimat kos- Macam mana boleh jimat kos? Pertama dari segi pengangkutan. Contoh kalau travel dengan flight, try cari tiket yang murah, Yang time promo tu. Kedua, untuk penginapan, based on apa yang Cik Sara baca, kebanyakannya pilih dorm atau hotel-hotel budjet. Kat sini pon dah boleh jimat banyak. Tak selesa?? kan Cik Sara dah cakap tadi kalau travel macam ni tak sama macam kita pegi melancong. Senang cerita macam ni la.. Kadang-kadang ada dua bilik yang sama tapi beza satu guna kipas and satu lagi ada aircond. Harga mesti beza kan.. So kalau nak jimat ambik la yang kipas tu. Ketiga, guna la public transport. Keempat, kena pandai pilih pakej. Contoh kalau pegi tempat yang ada Island Hopping.. try compare harga and pilih yang murah.

2) Schedule pilih sendiri- kalau kita travel macam ni, everything kita plan sendiri. Kita boleh plan tempat yang kita suka nak pegi and time limit pulak kita yang tetapkan.

3) Pengalaman- Pengalaman ni jadi kelebihan sebab kita pegi everything kita plan based on pembacaan, tanya orang and sebagainya. Kita belajar arrange everything sendiri. Kalau kita pergi under travel agency contohnya, semua diorang yang uruskan. Kita ikut saja tetapi berbeza kalau backpacking travel, dari mula sampai habis kita yang plan and fikir. Pengalaman macam ni berharga tau.

4) Tarikh travel- kalau kita travel under agent, dia dah ada tarikh yang tetap. Kadang-kadang tak kena dengan time kita. Kalau backpacking travel, kita boleh pilih time kita free, hari apa kita nak, berapa hari kita nak stay.. tu semua terpulang.

Kekurangan:

1) Keselamatan- Backpacking travel ni selalunya kita pergi dalam group yang kecil dan agak bahaya sikit la. Tambah pula kita tak familiar dengan tempat tu. Tapi tawakal banyak-banyak. May be korang akan ada sesat-sesat sebab tak biasa kan.. So sebab tu kena banyak membaca dan jangan malu bertanya.

2) Preparation- Apa yang Cik Sara maksudkan di sini, kita kena plan awal dan everything sendiri. Tak semestinya sendiri kan sebab kalau pergi dengan kawan-kawan, boleh la tolong sorang sikit. Compare kalau pergi under agent, semua diorang yang uruskan. Kita tak payah fikir.banyak. Makanan halal pun disediakan atau diorg akan bawak pergi tempat yang senang dapat makanan halal.


Dari apa yang Cik Sara observe, kalau nak try Backpacking travel, kena banyak membaca. Search la dekat internet tempat-tempat menarik. Kena la prepare awal. Buat jadual perjalanan jugak. Korang travel sendiri tak bermaksud korang tak perlu rancang perjalanan sebab kalau tak, boleh jadi kucar kacir jugak tu. Hari tu Cik Sara ada tengok dekat TV, dia cakap kalau nak pergi travel luar negara, seeloknya kita ada number phone kedutaan Malaysia dekat negara yang kita nak pergi tu. Ini untuk keselamatan jugak. Kita tak tau apa akan jadi kan. Kalau nak pergi negara 4 musim pulak, kena tengok betul-betul time korang nak pergi tu musim apa. Senang nak prepare contoh dari segi pakaian. Jangan lupa mata wang negara yang korang nak pegi tu..

Travel travel jugak. Jangan lupa ibadah solat. Kalau korang kurang arif tentang solat jamak qasar, before nak pegi, tanya la mak ayah ka atau ustaz atau pun orang yang ada ilmu tentang tu. Kalau pergi luar negara, kena jaga bab pemakanan. Tengok betul-betul halal ke tidak,

Okey, sekarang ni Cik Sara nak try travel ke luar negara. Nak angkut semua sahabat-sahabat yang kaki berjalan macam Cik Sara jugak ni. Selalu Cik Sara travel dalam Malaysia ja. Tapi bukan tahun ni la nak pegi, InshaAllah tahun depan kalau ada rezeki, Cik Sara dah start plan dari tahun ni sebab kalau apa yang dirancang jadi, ni la first backpacking trip Cik Sara and sahabat-sahabat yang hamba kasihi.. Untuk first time, Cik Sara decide nak pergi negara yang dekat dulu. Antara tempat yang terfikir, Krabi,Thailand, Vietnam, Indonesia. Kalau anda-anda semua pernah travel negara-negara ni, boleh la share pengalaman dengan Cik Sara. Semoga semuanya berjalan lancar. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menetukan.

p/s: Kalau sesat, just fikir, this time to explore... Tak gitu anda-anda semua.^_^


Indonesia
Krabi, Thailand
Ho Chi Minh Vietnam
Backpack macam ni la yang selalu orang bawak