Assalamualaikum.. Apa khabar anda-anda semua. bertemu lagi kita dalam blog Cik Sara..hehe.. Feeling-feeling famous sikit.
Kali ni Cik Sara nak share tentang Denggi.. Tolong la baca. Cik Sara dulu pun macam korang semua jugak. Malas nak baca benda-benda macam ni. Sekali dah kena batang hidung sendiri, baru sibuk nak google, Itu pun nasib la larat jugak nak bangun.. Kalau dah terlantar nak buka mata pon tak boleh..kan susah..
Denggi ni satu penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes betina. Kalau di Malaysia ni, negeri yang paling juara dalam kes denggi adalah Selangor. Cik Sara pun kena masa dekat Shah Alam. Untuk menambahkan unsur tragik dan sadis dalam kes Cik Sara ni, Cik Sara demam dua hari sebelum final exam start..sob3..:'(
Cik Sara demam secara tiba-tiba. Sampai menggigil. Mula-mula Cik Sara syak ada masalah paru-paru sebab dah biasa jadi dulu.. (Amboi,..mengalahkan doktor..hehe..). Masa hari ketiga demam, Cik Sara pergi hospital petang tu sebab balik ja dari exam first paper, terus tak berdaya dah.. Rasa macam dah nk sampai ajal pun ada (sadis sungguh cerita kan) sampaikan Cik sara dah tulis siap-siap segala hutang dekat note dalam phone ni.. khas ditujukan kepada keluarga sekiranya apa-apa terjadi.. patut la ada pepatah Melayu kata "manusia mati meniggalkan hutang".
Housemate Cik Sara (Kak Jie and Kak Dayah) tolong bawak Cik Sara pergi Poliklinik Shah Alam tu. Terus nurse suruh ambik darah. Bila doktor tengok keputusan darah tu, terus dia cakap syak Denggi So esoknya kena la pergi ambik darah skali lagi. Lepas tengok keputusan darah skali lagi, terus doktor tu suruh pergi buat ujian denggi dan hasilnya positive..huhu.. Kalau dah sah denggi, apa lagi.. kena la ambik darah setiap hari sebab doktor nak pantau. Kalau nak tahu, denggi ni akan menyebabkan platelet kita menurun. Kalau kita luka, platelet ni la yang akan buat darah kita tu berhenti. Ni explanation mudah la Cik Sara bagi. Masa tu jugak bacaan sel darah putih Cik Sara menurun. Doktor cakap kalau bacaan platelet bawah 80, ianya boleh menyebabkan pendarahan.
Tanda-tanda denggi:
1) Demam mengejut
2) Muntah dan hilang selera makan
3) Sakit-sakit sendi
4) Sakit dan pening kepala
5) Sakit perut atau cirit birit
6) Sesak nafas
7) Pucat atau sejuk ketika kulit disentuh
8) Pendarahan.. Selalunya time gosok gigi la
Alhamdulillah la sebab antara semua gejala ni, Cik Sara cuma deman mengejut dan pening ja. Selera makan tak kurang jugak, Bertambah lagi ada.. dan lagi satu, Cik Sara jadi pahit mulut yang teramat. Sampaikan minum air kosong pun rasa pahit. Kalau ada tanda-tanda sebegini, silalah ke hospital secepat mungkin. Doktor hanya akan bagi ubat paracetamol. Antibiotik, aspirin apa semua tu tak perlu.
Antara petua nak sembuhkan denggi:
1) Minum air kosong sebanyak mungkin, Pastikan lebih dari 3 Littler sehari, Ini bukan petua tetapi WAJIB buat. Tidak boleh tidak ya anda-anda semua. Kalau nak senang, minum air guna botol mineral tu. Kalau dua botol besar dah 3 Litller.. Cik Sara pernah minum sampai 6 littler. Sampai tak boleh tidur sebab terpaksa ulang- alik ke toilet.
2) Sup Ketam- Sup ketam pun bagus jugak. Sebaiknya ketam nipah yang besar gedabak tu. Nasib la Cik Sara dapat housemate semua yang baik-baik. Diorang la tolong cari kan sup tu. Tapi harga dia mahal sikit la. Seekor tu rm26. Terkejut jugak masa tau tu tapi nak lega punya pasal tak apalah kan. Disebabkan harga dan Cik Sara hanyalah seorang student yang tengah kering duit time tu (lagi satu unsur sadis dan tragik) Cik Sara makan sup tu selama 4 hari.
3) Daun betik- Ini antara petua yang Cik Sara try jugak. Basuh daun betik bersih-bersih. Then rebuskan sampai air tinggal dalam dua sudu macam tu. Rasa dia tersangat la pahit. Cik Sara sempat minum dua kali sebab lepas tu platelet dh naik balik. Harapnya itulah kali terakhir Cik Sara minum benda tu.
4) Buah betik- Ada orang cakap buah betik pun bagus. Yang ni sedap la. Jauh beza dengan rasa daun dia tu. Cik Sara makan tu untuk hilangkan pahit air rebusan daun betik tu tadi.
5) Daging- Ada kawan Cik Sara suggestkan makan daging banyak-banyak.
Ni adalah petua-petua yang Cik Sara sendiri cuba. Alhamdulillah selepas dua kali makan sup ketam dan minum air rebusan daun betik tu, bacaan platelet naik balik. Petua lain contoh minum air kelapa dan minum juga air bali. Ni mungkin untuk hilangkan demam. Ni semua cik sara google so everything disclaimer ya sebab Cik Sara bukan doktor. Cuma cuba apa yang orang cakap ja.
Apa-apa pun Cik Sara sangat bersyukur sebab Cik Sara masih lagi mampu berjalan dan aktif seperti biasa masa kena denggi tu dan tak lupa juga kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu. Ini part paling terharu, housemate Cik Sara jaga makan minum and tolong bawak Cik Sara pegi ambik darah. Kawan Cik Sara pulak akan bawak Cik Sara pergi Hospital Klang yang ramai gila orang kat situ sampai pernah balik pukol 1 pagi. Terima kasih semua..huhuhu.. Kawan-kawan yang lain banyak bagi support. Masa tu Cik Sara tak bagi mak Cik Sara datang lagi sebab everything masih terkawal..hehe.. Dan selepas 8 kali ambik darah, Cik Sara dah sembuh tapi lebam jugak la tangan. Apa-apa pun jagalah kesihatan. Pastikan kawasan rumah anda bebas nyamuk Aedes..
p/s: kawan Cik Sara cakap, lepas kena denggi, mesti fobia dengan nyamuk kan. Fobia dia ibarat macam kena rogol..kahkahkah...^_^
![]() |
Aktiviti Fogging untuk halau nyamuk |
![]() |
Cegah denggi sebelum terlambat |
No comments:
Post a Comment