Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Monday, 19 May 2014

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Assalamualaikum semua..dah banyak hari Cik Sara tak update. Macam-macam cerita nak story kan tapi masa tak mengizinkan. 

Baru-baru ni Cik Sara berkesempatan untuk pergi forum bertajuk Inspirasi Ahmad Ammar. Forum ni istimewanya sebab ahli panel tu adalah ibu dan ayah Allahyarham Ahmad Ammar. Mungkin ada yang tak kenal siapa tu Ahmad Ammar. Ahmad Ammar seorang penunutut dalam bidang sejarah Uthmaniyah di Turki. Allahyarham banyak terlibat dalam program-program kemanusian walaupun usianya masih muda. Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja Malaysia dan mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau telah syahid di Turki pada usia 20 tahun akibat kemalangan. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Di tanah perkuburan ini juga bersemadinya 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ahmad Ammar adalah rakyat Malaysia pertama yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. 

Forum yang Cik Sara pergi ni diadakan di Pusat Islam UiTM Shah Alam. Ibu bapa Ahmad Ammar menceritakan perjalanan hidup dan perwatakan Allahyarham ketika di dunia. Ternyata Ahmad Ammar seorang yang sangat taat pada kedua ibu bapa. Keputusan cemerlang yang Arwah dapat memberi peluang untuknya memilih pelbagai cabang dan bidang pengajian tetapi beliau memilih sejarah kerana sejarah penting untuk umat. Menurut bapa Ahmad Ammar, Tuan Ahmad Azam Abd Rahman, Ammar telah direncana untuk Islam. Beliau mengambil contoh Muhd Al-Fatih. 7 langkah melahirkan Muhd Al Fatih ialah:
1: ada wawasan ummatik (buat sesuatu yg memberi impak kepada ummat)
2: nama yang bersesuaian dengan wawasan
3: ketinggian adab
4: soal penghayatan Al-Quran
5:amalan solat tahajud setiap malam
6: kuasai ilmu strategik pada masa tersebut
7: kuasai paling kurang 4 bahasa asing

Puan Azlina iaitu ibu kepada Ahmad Ammar dengan tenang menjawab pelbagai persoalan yang diajukan. Antara soalan yang ditanya adalah bagaimana Ahmad Ammar seimbangkan akademik dan kegiatan kemanusiaan. Pn Azlina cakap beliau tak obses dan tak bimbang kalau anak-anak beliau tak dapat A sebab anak-anak dah usaha yang terbaik. Ahmad Ammar dari kecil lagi dilibatkan dengan aktiviti kemanusiaan. Keputusan yang cemerlang adalah satu bonus. Puan Azlina cakap mungkin Ahmad Ammar berjaya kerana keihklasan beliau. 
Ada juga soalan yang bertanyakan bagaimana Puan Azlina sebegitu tabah atas pemergian anak trcinta. Sekali lagi dengan tenang beliau menjawab ketabahan datang dari Allah. Anak-anak bukanlah hak peribadi kita. Jasad sahaja tak ada, tapi jiwa sentiasa hadir. 

Puan Azlina juga cakap Ahmad Ammar adalah seperti remaja-remaja biasa. Allahyarham suka main sungai, berenang, baca komik detektive conan, tengok tv, tengok cerita Korea, download cerita Korea. Tapi cerita Korea yang genre peperangan. Pada usia 25 tahun, Ahmad Ammar akan dikahwinkan. Itu adalah perancangan yang dibuat oleh ayahnya. 

Ammar sanggup mengetepikan kehendak diri semata-mata untuk membahagiakan keluarganya. Beliau telah mempelajari sebuah kitab dari seorang imam yang penting di Turki. Imam ini merupakan susur galur keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Ahmad Ammar telah menghabiskan pelajaran kitab tersebut dan pada kali pertama beliau ingin mengajar kitab tersebut kepada orang lain, beliau telah kemalangan dan meninggal dunia.
Manurut Tuan Azam, kematian Ahmad Ammar telah membuka mata hati manusia.

Cik Sara sangat kagum dengan ketabahan ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar. Mereka juga telah mendidik seorang insan yang sangat baik dan bercita-cita untuk berbakti pada ummat. Cik Sara juga sempat bersalaman dengan Puan Azlina. Semoga Cik Sara juga diberi kekuatan dan ketabahan serta mampu menjadi seorang ibu yang sangat baik. Kalau kita tak mampu menjadi seperti Ahmad Ammar, apa yang diharapkan, dapatlah kita menjadi ibu bapa yang melahirkan insan seperti Allahyarham Ahmad Ammar.

Al Fatihah

p/s: Tiada perkataan rehat di dunia.dunia utk berjuang dan brpenat-penatan.rehat hanya sesuai di syurga nnti..rehat la slama2nya (Ahmad Ammar)



Ahmad Ammar

Ibu dan Ayah Ahmad Ammar


Forum


Pusara Ahmad Ammar



Monday, 12 May 2014

Budaya yang Menyerang Islam

Assalamualikum semua.. 

Alhamdulillah minggu lepas Cik Sara sempat pergi Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang diadakn di UiTm Shah Alam.. Tapi disebabkan kekangan kelas, Cik Sara sempat pergi sekejap ja. Masa pergi tu event dah start. Penceramahnya seorang yang dijemput dari Indonesia. Cik Sara nak berkongsi sedikit intipati yang sempat Cik Sara dapat. Ianya tentang budaya yanng menyerang Islam. Dekat sini Cik Sara listkan sedikit info.

1) Budaya Natal (Christmas)


2) New Year


3) Valentine
* Gereja Ortodoks Russia melarang valentine kerana hanya mitos. Asal usulnya tak jelas.



4)April fool
* Hari pembohongan. Ianya budaya boleh bohong apapun pada 1 April dan dianggap tidak berdosa. Sebenarnya hari ini adalah penipuan besar-besaran terhadap orang Islam



5) Easter
* Easter lagi penting dari Christmas. Salah satu cara mengajak muslim masuk gereja. Pada hari ini, banyak telur yang akan dilukis dan dihias cantik-cantik. Mereka percaya tuhan jesus bangkit pada hari itu.



6) Halloween
* Halloween diraikan pada 31 Oktober. Labu akan diukir. Asal usul perayaan ini adalah datangnya dari Kaum Hawa Samhain. Ianya untuk menandakan musim dingin atau tahun baru. Mereka percaya akan ada kekuatan ghaib pada masa tu. Penduduk akan dirasuk so sebab tu ada halloween. Mereka akan pakai costume hantu. Tujuannya untuk lawan hantu tu. Kalau diorang lebih menyeramkan dari hantu. so hantu kalah and hantu akan keluar dari kampung.


Inilah antara budaya yang orang Islam selalu terikut-ikut. Harapnya lepas ni kita cuba jangan terpengaruh dengan anasir-anasir sebegini. Ini saja yang dapat dikongsikan bersama. Harap-harap menjadi ilmu yang berguna untuk kita..^_^

p/s: Anda mampu mengubahnya..

Friday, 9 May 2014

Food Crime..!!!!!!!!!

Hai anda-anda semua..!!!!!!!!!!

Dah banyak hari tak update.. Busy dengan aktiviti. Cik Sara sebenarnya salah sorang ahli Sekretariat Mahasiswa Fakuti Undang-Undang atau singkatannya SMF. So Cik Sara nak story sikit tentang event pertama SMF for this sem.

7 and 8 hari bulan Mei telah berlangsungnya Food Crime. Food Crime sebenarnya criminal week dan international food fair. Criminal week ni kami jemput pihak polis dan AADK untuk buat pameran. Ada jugak charity booth. Makanan memang ada macam-macam jenis. Antaranya burger, kebab, pizza, sengkuang calit, thai food, keropok lekor, kek, takoyaki, lauk pauk, nasi kerabu, nasi dagang dan macam-macam lagi.. Pendek kata macam-macam ada. Masa mula-mula tu Cik Sara takot jugak kalau-kalau event ni tak dapat sambutan kan sebab yang jadi mangsa peniaga la tapi Alhamdulillah sebab so far kami dapat positive feed back. Ahli-ahli SMF pulak memang semua saling membantu so kerja yang berat jadi ringan. Masalah memang ada jugak sebab semua tak ada pengalaman dalam handle benda-benda macam ni tapi sekarang semua dah dapat pengalaman baru. Dari segi promotion event, kami post dekat twitter, facebook. Bukan tu ja, kami siap edar flyers lagi dari bilik ke bilik. Ada la dalam hampir 600 flyers. Tapi serious Cik Sara cakap, rasa lega lepas semua dah habis. Hari pertama tu masa lunch hour siap ada persembahan silat. Dan yang paling syukur, cuaca okey. Hujan pon selepas habis event. Syukur kerana Allah permudahkan segalanya. Conclusion yang boleh dibuat (macam karangan pulak siap ada conclusion..hehe) makanan dapat menyatukan kita semua..^_^

p/s: sory post kali ni macam hambar skit..