Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Friday, 9 May 2014

Food Crime..!!!!!!!!!

Hai anda-anda semua..!!!!!!!!!!

Dah banyak hari tak update.. Busy dengan aktiviti. Cik Sara sebenarnya salah sorang ahli Sekretariat Mahasiswa Fakuti Undang-Undang atau singkatannya SMF. So Cik Sara nak story sikit tentang event pertama SMF for this sem.

7 and 8 hari bulan Mei telah berlangsungnya Food Crime. Food Crime sebenarnya criminal week dan international food fair. Criminal week ni kami jemput pihak polis dan AADK untuk buat pameran. Ada jugak charity booth. Makanan memang ada macam-macam jenis. Antaranya burger, kebab, pizza, sengkuang calit, thai food, keropok lekor, kek, takoyaki, lauk pauk, nasi kerabu, nasi dagang dan macam-macam lagi.. Pendek kata macam-macam ada. Masa mula-mula tu Cik Sara takot jugak kalau-kalau event ni tak dapat sambutan kan sebab yang jadi mangsa peniaga la tapi Alhamdulillah sebab so far kami dapat positive feed back. Ahli-ahli SMF pulak memang semua saling membantu so kerja yang berat jadi ringan. Masalah memang ada jugak sebab semua tak ada pengalaman dalam handle benda-benda macam ni tapi sekarang semua dah dapat pengalaman baru. Dari segi promotion event, kami post dekat twitter, facebook. Bukan tu ja, kami siap edar flyers lagi dari bilik ke bilik. Ada la dalam hampir 600 flyers. Tapi serious Cik Sara cakap, rasa lega lepas semua dah habis. Hari pertama tu masa lunch hour siap ada persembahan silat. Dan yang paling syukur, cuaca okey. Hujan pon selepas habis event. Syukur kerana Allah permudahkan segalanya. Conclusion yang boleh dibuat (macam karangan pulak siap ada conclusion..hehe) makanan dapat menyatukan kita semua..^_^

p/s: sory post kali ni macam hambar skit..















No comments:

Post a Comment