Assalamualaikum semua..dah banyak hari Cik Sara tak update. Macam-macam cerita nak story kan tapi masa tak mengizinkan.
Baru-baru ni Cik Sara berkesempatan untuk pergi forum bertajuk Inspirasi Ahmad Ammar. Forum ni istimewanya sebab ahli panel tu adalah ibu dan ayah Allahyarham Ahmad Ammar. Mungkin ada yang tak kenal siapa tu Ahmad Ammar. Ahmad Ammar seorang penunutut dalam bidang sejarah Uthmaniyah di Turki. Allahyarham banyak terlibat dalam program-program kemanusian walaupun usianya masih muda. Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja Malaysia dan mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau telah syahid di Turki pada usia 20 tahun akibat kemalangan. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Di tanah perkuburan ini juga bersemadinya 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ahmad Ammar adalah rakyat Malaysia pertama yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
Forum yang Cik Sara pergi ni diadakan di Pusat Islam UiTM Shah Alam. Ibu bapa Ahmad Ammar menceritakan perjalanan hidup dan perwatakan Allahyarham ketika di dunia. Ternyata Ahmad Ammar seorang yang sangat taat pada kedua ibu bapa. Keputusan cemerlang yang Arwah dapat memberi peluang untuknya memilih pelbagai cabang dan bidang pengajian tetapi beliau memilih sejarah kerana sejarah penting untuk umat. Menurut bapa Ahmad Ammar, Tuan Ahmad Azam Abd Rahman, Ammar telah direncana untuk Islam. Beliau mengambil contoh Muhd Al-Fatih. 7 langkah melahirkan Muhd Al Fatih ialah:
1: ada wawasan ummatik (buat sesuatu yg memberi impak kepada ummat)
2: nama yang bersesuaian dengan wawasan
3: ketinggian adab
4: soal penghayatan Al-Quran
5:amalan solat tahajud setiap malam
6: kuasai ilmu strategik pada masa tersebut
7: kuasai paling kurang 4 bahasa asing
Puan Azlina iaitu ibu kepada Ahmad Ammar dengan tenang menjawab pelbagai persoalan yang diajukan. Antara soalan yang ditanya adalah bagaimana Ahmad Ammar seimbangkan akademik dan kegiatan kemanusiaan. Pn Azlina cakap beliau tak obses dan tak bimbang kalau anak-anak beliau tak dapat A sebab anak-anak dah usaha yang terbaik. Ahmad Ammar dari kecil lagi dilibatkan dengan aktiviti kemanusiaan. Keputusan yang cemerlang adalah satu bonus. Puan Azlina cakap mungkin Ahmad Ammar berjaya kerana keihklasan beliau.
Ada juga soalan yang bertanyakan bagaimana Puan Azlina sebegitu tabah atas pemergian anak trcinta. Sekali lagi dengan tenang beliau menjawab ketabahan datang dari Allah. Anak-anak bukanlah hak peribadi kita. Jasad sahaja tak ada, tapi jiwa sentiasa hadir.
Puan Azlina juga cakap Ahmad Ammar adalah seperti remaja-remaja biasa. Allahyarham suka main sungai, berenang, baca komik detektive conan, tengok tv, tengok cerita Korea, download cerita Korea. Tapi cerita Korea yang genre peperangan. Pada usia 25 tahun, Ahmad Ammar akan dikahwinkan. Itu adalah perancangan yang dibuat oleh ayahnya.
Ammar sanggup mengetepikan kehendak diri semata-mata untuk membahagiakan keluarganya. Beliau telah mempelajari sebuah kitab dari seorang imam yang penting di Turki. Imam ini merupakan susur galur keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Ahmad Ammar telah menghabiskan pelajaran kitab tersebut dan pada kali pertama beliau ingin mengajar kitab tersebut kepada orang lain, beliau telah kemalangan dan meninggal dunia.
Manurut Tuan Azam, kematian Ahmad Ammar telah membuka mata hati manusia.
Cik Sara sangat kagum dengan ketabahan ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar. Mereka juga telah mendidik seorang insan yang sangat baik dan bercita-cita untuk berbakti pada ummat. Cik Sara juga sempat bersalaman dengan Puan Azlina. Semoga Cik Sara juga diberi kekuatan dan ketabahan serta mampu menjadi seorang ibu yang sangat baik. Kalau kita tak mampu menjadi seperti Ahmad Ammar, apa yang diharapkan, dapatlah kita menjadi ibu bapa yang melahirkan insan seperti Allahyarham Ahmad Ammar.
Al Fatihah
p/s: Tiada perkataan rehat di dunia.dunia utk berjuang dan brpenat-penatan.rehat hanya sesuai di syurga nnti..rehat la slama2nya (Ahmad Ammar)
![]() |
Ahmad Ammar |
![]() |
Ibu dan Ayah Ahmad Ammar |
![]() |
Forum |
![]() |
Pusara Ahmad Ammar |
No comments:
Post a Comment