Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Wednesday, 30 April 2014

Pesanan bersama Imam Muda Azhar Ghazali

Assalamualaikum..Salam Rejab kepada semua..

Semalam Cik Sara dengan kawan (Shakina), pergi dengar ceramah yg disampaikan oleh Imam Muda Azhar. Program ni dekat Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. Cik Sara suka cara Imam Muda Azhar ni sampaikan ilmu dia. Sangat menarik. Banyak ilmu yang Cik Sara dapat. So hari ni Cik Sara nak kongsi dengan anda-anda semua. Cik Sara akan senaraikan inti pati ceramah semalam supaya dapat diamalkan dan menjadi renungan kita bersama.


- Jaga akidah. Jangan cepat terpengaruh.
- Untuk menghafal sesuatu yang baru, masa terbaik adalah 45 minit sebelum masuk  waktu maghrib
- Boleh jugak hafal semasa lepas maghrib sampai masuk waktu Isyak
- Sebelum study, berwuduk dan hadap kiblat.
- Semasa hafal, elakkan daripada melihat benda yang begerak. Contoh video ka sebab  otak kita akan merakam apa yang kita tengok tu jugak.
- Sebelum tidur, berwuduk la dulu kerana tidur dalam hadas akan cepat dapat  penyakit nyanyuk
- Wuduk dapat membuatkan hormon kita stabil
- Kalau nak menghafal, ada orang suka sebut kan apa yang dia nk hafal. Tapi kalau  kita sebut, senang tersasul. Contoh bila tengah baca surah Al Kafirun, tiba-tiba dekat  tengah tu kita tersambung dengan surah lain pulak.
- Bacalah guna imaginasi supaya senang ingat
- Jangan meludah di atas najis
- Jangan riak kerana apabila kita riak, Allah tak akan kira amalan tu.
- Mengeji adalah bila kita kata atau kutuk depan-depan. Contoh macam ni, "Aku  tengok lubang hidung kau ni besar sebelah. Dah la kau tu gemuk".
- Mengumpat adalah bila kita cakap benda yang betul tetapi di belakang. Kira tanpa  pengetahuan orang yang diumpat tu.
- Fitnah adalah kita cakap benda yang tak betul. Mereka-reka cerita yang tak ada.
- Jaga adab dengan guru.
- Jangan duduk di tempat guru
- Jangan panggil guru dengan nama sahaja. Contoh nama Cikgu Ismail. Jangan  panggil Mail ja..(terasa pulak..huhu)
- Jangan panggil ibu bapa dengan nama sahaja.
- Imam Syafie pernah memeluk Arab Badwi yang berpakaina kotor ni. Anak murid  beliau pun tanya kenapa Imam Syafie buat macam tu. Imam Syafie kata yang Arab  Badwi itu dianggapnya sebagai guru kerana pernah mengajarnya. Apa yang  diajar??? Sebenarnya Imam Syafie nak tahu mcam mana nak kenal anjing yang dah  matang. Jadi dia pun bertanya kepada Arab Badwi ni. Kerana itu, beliau menganggap  Arab Badwi ini sebagai gurunya.
- Tengok la betapa Imam Syafie yang mulia ini terlalu menghormati gurunya. Sebab tu  ilmu yang beliau ada bermanfaat sampai ke hari ini.
- Berdoalah agar ilmu yang kita dapat itu bermanfaat.
- Niat belajar kerana Allah bukan sebab parents suruh ka, bukan sebab nak dapat  degree ka. Niat itu penting.

Ni Cik Sara gabung ja semua segala inti pati yang dapat semalam. Sebenarnya banyak lagi tapi hanya ini yang mampu Cik Sara kongsikan. Sekarang bulan Rejab, maka terbukalah buku catatan amalan yang baru. Mulakan buku baru dengan catatan yang baik. Semoga kita semua mendapat redha Allah. Niatlah untuk pulang ke kampung halaman kita iaitu syurga. Adam dan Hawa iaitu permulaan kepada manusia datangnya dari syurga jadi marilah kita berakhir juga di syurga yang selama-lamanya. 

Kalau ada salah dan silap utnuk entry kali ni, Cik Sara mohon maaf banyak-banyak. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari Cik Sara sendiri...:D

p/s: kalau pergi dengar ceramah ka, bawalah buku dengan pen untuk mencatat..^_^



No comments:

Post a Comment