Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Sunday, 30 September 2012

Harry Potter di Alam Nyata

Suatu ketika dahulu, novel Harry Potter hasil karya J.K.Rowling telah berjaya mencetuskan satu fenomena dalam dunia cerita fiksyen. Novel yang berlatar belakangkan kehidupan ahli sihir ini telah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga ianya difilemkan. Kini novel dan filem Harry Potter dah pun tamat sirinya dengan pengakhiran yang begitu dramatik. Selama ini peminat-peminat Harry Potter hanya mampu membayangkan kehidupan ahli sihir dan latar tempat cerita ni dalam minda ja. Untuk pengetahuan semua, di Orlando, Florida telah dibina sebuah taman mini yang diberi nama Dunia Sihir Harry Potter. Bila korang langkah ja masuk taman ni, korang akan dapat tengok kereta api Hogwarts Express. Pengunjung juga dapat tengok bandar rekaan Hogsmeade yang dilitupi salji, bumbung-bumbung bangunan serta deretan kedai-kedai yang sebijik macam dalam buku.

Ada juga kedai Honeydukes, Pos Burung Hantu dan yang paling menari perhatian komfem la binaan Hogwart. Pembinaan taman ni diselia oleh pengerusi produksi dar filem-filem Harry Potter. Penulis buku-buku Harry Potter iaitu J.K.Rowling berkerja keras untuk merealisasikan imaginasinya itu. Ini la gambar-gambar taman ahli sihir ni.