Pereka fesyen dari Romania telah membuat satu gaun yang panjangnya berukuran 3 km sekaligus telah diiktiraf oleh The Guinness Book of World Records sebagai gaun pengantin paling panjang di dunia. Korang cuba la bayangkan betapa panjangnya gaun tu. Komfem boleh sapu jalan. Sebelum ni kita selalu tengok orang pakai gaun macam tak cukup kain, tapi kali ni terlebih kain pula. Untuk pengetahuan korang semua, sebelum ni Belanda telah menjadi negara yang mempunyai gaun paling panjang iaitu berukuran 2.48 km. Gaun hasil rekaan syarikat fesyen Salun Andree ini mengambil masa 100 hari untuk disiapkan dan menggunakan sebanyak 1857 jarum. Model yang baru ja berusia 17 tahun iaitu Ema Dumitrescu telah dipilih untuk memakai gaun ni. Yang paling uniknya, model ni terpaksa pula naik belon panas semata-mata untuk memudahkan ukuran gaun tu diambil.
Dengan terciptanya gaun yang panjang ni, maka dengan rasminya Romania telah menggantikan Belanda sebagai pemilik gaun terpanjang di dunia dan sekaligus telah mencapai tujuan asal Romania iaitu untuk menyingkirkan Belanda daripada buku dunia.




No comments:
Post a Comment