Quote Hari Ini
“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
― Maya Angelou
― Maya Angelou
Saturday, 8 September 2012
Revolusi Kamera Dalam NOKIA !!!
Nokia 3310 siapa tak kenal, handphone hot zaman nenek moyang korang. Era itu, kecanggihan handphone ini tak boleh dipertikai sebab boleh buat kita call dan sms. Zaman dah berlalu, kini handphone ini orang tak pandang sebaliknya dijadikan senjata untuk baling anjing ja. Nokia keluarkan handphone yang siap ada camera lagi contohnya Nokia 7610 aka hp daun yang mempunyai 1 Megapixcel. Nokia mendapati handphone yang mempunyai kamera mendapat smbutan yang begitu menggalakan daripada orang ramai. Oleh hal yang demikian, Nokia mula upgrade taraf kamera dalam setiap handphone keluarannya yang asalnya 1 megapixcel dan berkembang sehingga 12 megapixcel seperti Nokia N8. So, siapa ada N8 kira dahsyat tahap dewa umpama memiliki DSLR iaitu kamera taraf tinggi. Namun Febuary 2012, Nokia N8 boleh campak dalam laut ja sebab wujudnya Nokia 808 Pureview yang mempunyai kamera 41 megapixcel. Handphone ini seolah-olah merupakan revolusi kamera yang terbaik di dunia. Rakaman video pula sama seperti tahap BlueRay iaitu kualiti video terbaik. Kecanggihan kamera handphone ini boleh disaksikan dalam video tersebut :

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment