Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Thursday, 27 September 2012

Potong Rambut atau Potong Kepala?

"Pelik tapi benar" mungkin ayat ini ja yang mampu mengambarkan betapa anehnya cerita yang Cik Sara bakal kongsi. Kisahnya bermula pada awal kurun ke 19, di sebuah kawasan yang agak terpencil, ada sebuah kedai gunting rambut. Pemilik kedai ni ialah seorang lelaki. Dia akan tanya pelanggan yang datang dengan satu soalan yang mungkin kita rasa salah satu cara lelaki ni nak 'buat lawak'. Soalanya mudah ja, "Mahu potong kepala?". Korang mungkin ingat lelaki ni loyar buruk kan tapi memang korang akan nahas la kalau jawab "ya" sebab lelaki ni memang akan potong kepala korang. Tetapi kepada sesiapa yang jawab "saya nak gunting rambut", insyaAllah selamat.

Kepada sesiapa yang jawab "ya" sebagai jawapannya, ini la peristiwa yang akan terjadi. Firstly, seperti biasa dia akan pakaikan kain alas kepada mangsa supaya rambut tak jatuh kat atas baju. Selepas itu lelaki ini akan menyuntik ubat Anesthesia kepada mangsa. Ubat ini berfungsi untuk buat mangsa itu kebas atau lumpuh dan tak akan rasa sebarang kesakitan. Macam doktor pula kan lelaki ni.

Babak yang ditunggu-tunggu pun muncul akhirnya iaitu tukang gunting rambut ini akan hiris bahagian atas kepala mangsa perlahan-lahan sampai nampak otak. Time itu memang mangsa tak akan rasa sakit dan tak mampu bergerak disebabkan kesan ubat Anesthesia tersebut. Mangsa hanya mampu tengok kepalanya di bedah oleh doktor yang tak bertauliah a.k.a tukang gunting rambut melalui cermin yang dipaparkan. Siap dapat dengar bunyi hirisan pisau dan bunyi tukang gunting rambut tengah koyak lapisan kepala itu lagi. Bunyiannya sebijik macam bunyi tengah koyak kain.

Apabila separuh daripada tengkorak dipotong sehinggakan nampak otak, baru kesan Anesthesia itu beransur hilang. Masa itu sakit tak terkata dideritai oleh mereka. Pada saat tersebut si penggunting rambut itu akan merentap otak mangsa dengan kuat. Cik Sara rasa korang semua pun dah boleh agak apa yang akan terjadi kepada mangsa kan? Confirm si jawapan "ya" ini mati. Penggunting rambut ini biasanya akan ambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan sebagai Koleksi peribadi beliau. Kadang-kadang sampai rasa fobia nak pergi kedai gunting rambut pula hehe. Ini antara gambar mangsa tersebut :


No comments:

Post a Comment