Quote Hari Ini
“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
― Maya Angelou
― Maya Angelou
Saturday, 15 September 2012
Hari Raya 2012
Pada tanggal 19 Ogos 2012, semua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidlfitri. Hari raya tahun ini rasanya lebih bermakna buat Cik Sara. Nasib baik pihak Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) bagi cuti seminggu sebelum raya. So, sempat untuk Cik Sara buat kuih raya sendiri yang boleh dikatakan lebih daripada 5 jenis juga la. Hari first raya, mak Cik Sara buat mee kari iaitu makanan favourite abah Cik Sara. Masa tengah hari, kami sekeluarga beraya di kampung sebelah abah yang dipenuhi oleh bermacam-macam jenis hidangan sehinggakan perut ini pernuh seperti wanita yang mengandung. Detik paling best adalah sebelah malam apabila sepupu Cik Sara call dan ajak pergi main bowling satu family. Ini memang menjadi tradisi kami yang ditafsirkan lebih kurang macam family gathering la. Kira-kira Pukul 12.30 pagi, kami semua ke KFC pula. Pada masa itu, memang ramai sangat orang. Itu perihal raya pertama namun raya kedua sesi kunjung mengunjung tetap diteruskan. Apa-apa pun, hari raya yang paling bermakna bila kita saling bermaafan umpama dosa menurut istilah kampung sebagai, '0-0'.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment