Ramadhan mula membuka tirai agar bulan yang mulia ini dapat modifie dosa,
Malam Lailatul Qadar(malam yang lebih baik dari 1000 bulan)
Malam Lailatul Qadar merupakan malam 10 terakhir di bulan Ramadhan. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat Jibril akan turun ke dalam himpunan para malaikat dengan membawa panji hijau dan dipacakkan ke atas Kaabah. Kepada sesiapa yang berjaga pada malam itu kerana ingin beribadah dan mencari keredaan Allah, maka para malaikat akan memberikan ucapan salam kepadanya. Pahala ibadahnya pula akan digandakan.
Gandaan Pahala
Di dalam bulan Ramadhan, Allah akan menggandakan pahala kita. Ibadat sunat akan diberikan pahala ibadat fardhu. ibadat fardhu pula akan diberi balasan 70 kali ganda. kesabaran pula akan dibalas dengan ganjaran syurga, dilebihkan rezekinya dan diampunkan dosa-dosanya. Kepada sesiapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, Allah akan memberi balasan syurga dan akan diberi minum oleh Allah dengan minuman dari kolam Hudh yang tidak dahaga lagi kemudiannya. Sesiapa yang hadir ke majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis setiap langkahnya ibadat setahun. Orang yang sembahyang dalam bulan Ramadhan pula pada setiap sujudnya, akan dikurnikan 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata.
5 perkara yang belum diberi kepada umat-umat terdahulu:
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat terdahulu sebelumnya iaitu
- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- Segala perbelanjaan dan derit lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar
- Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,melainkan puasa maka ianya bagiKu,Aku balas padanya yang berpuasa menahan syahwatnya,makan minumnya kerana aku.
- Dan dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment