Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Sunday, 27 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Here I Come !!!

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua..

Coretan kali ini Cik Sara nak story skit tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Pesta buku ni bermula dari 24 April hingga 4 Mei 2014. Cik Sara pergi dengan sorang kawan ja sbb kami pon langsung tak plan nak ke sana. Plan tu datang tiba-tiba ja. Dah pukul 4 petang macam tu baru kitorang bergerak dari UiTM Shah Alam. Mula-mula naik bas,naik KTM. Ni first time Cik Sara ke pesta buku antarabangsa, excited sangat-sangat. Takot tu memang ada tapi this time we need to explore. Baca Ayat Kursi banyak-banyak dan tawakal. First kitorang tersilap turun bas. Sepatutnya dekat KL Sentral tapi kami turun dekat Bangsar. Masa nak balik pulak kami nak ke KL Sentral dari Putra tapi tersilap naik train. Kami naik yang ke Batu Cave. hehe.. masa tu dh pukol 9 lebih tapi mujur cepat sedar yang kitorang silap and berhenti dekat Sentul. Masa dekat Sentul plak terlepas train and terpaksa tggu another train pukol 9.52. Hampir setengah jam jugak la tunggu. Dari KL Sentral kami ambik train yg last sekali iaitu pukol 11 kalau tak silap. Macam-macam kan. Nasib tak sampai Batu Cave. hehe.. Okey, itu story tentang our journey. Sekarang Cik Sara nak story tentang apa yg ada dekat pesta buku tu.

Masa sampai, memang ramai sangat orang. Student sekolah yang datang by group pun ramai. Cik Sara dengan kawan (nama dia Tini) rasa macam heaven gilerrr sbb dapat tgk banyak sangat-sangat orang jual buku. Cik Sara masuk dekat yang Karangkraf. WOW!!!! Macam-macam adaaa.. Buku Agama, novel majalah and lain-lain. Ada novel yang diorang jual sebuah RM10 pun ada. Cik Sara ada lagi baucer buku RM50. Cik Sara guna beli novel tajuk Magis dengan Sunan-Nanggroe Sang Kembara yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Beliau ni la penulis kegemaran Cik Sara dari sekolah rendah sampai sekarang. Sangat minat cara penulisannya. Untuk my younger sis, Cik Sara beli majalah Klik yang ada tentang Kpop tu. Novel dapat less 20%. Total harga RM49.20. Masa lepas beli, Cik Sara usya jadual penulis yang akan hadir. Kalau ikutkan, Ramlee Awang Murshid ada. Sekali Cik Sara pandang, nampak dia tengah bagi autograph. HUWAAA....!!! I'm so excited. Cepat-cepat Cik Sara panggil Tini sebab dia pun minat jugak. Cik Sara heret tangan dia and pergi mintak Ramlee Awang Murshid tandatangan buku yang baru ja beli. Siap bergambar lagi.

After that, kami naik ke tinggat atas. Banyak buku and semua murah-murah. Buku rujukan ada yang sebuah RM5 ja. Buku latihan and buku cerita kanak-kanak RM2. Rasa macam nak borong ja semua yang ada. Cik Sara beli buku rujukan sejarah RM5, buku latihan geografi and sejarah (harga baru RM4). Sebab minat sangat-sangat buku cerita, Cik Sara beli 4 buah untuk anak saudara. Masa nak balik sempat lagi beli buku masakan RM2. Dekat-dekat pukol 9 malam baru kami keluar dari PWTC. Rasa puas sangat-sangat. Nasib hari Sabtu sebab kalau hujung minggu dia tutup pukol 9 malam. 

Lupa nak crita. Cik Sara ada sorang kawan dari Sabah. Dia kaum sungai. Sebelum ni memang tak pernah tahu n tak pernah dengar pun tentang kewujudan kaum ni. Tapi masa dekat pesta buku, kami jumpa buku tajuk Orang Sungai. hehe.. Keseluruhannya, memang best dan kepada siapa-siapa yang tinggal area KL, pergi la PWTC. Mesti tak rugi. For student, habiskan baucer buku anda di sana yee..^_^

p/s: Jauh perjalan, luas pengalaman.



Novel Cik Sara beli

Dapat begambar dengan Ramlee Awang Murshid

Bukti kewujudan Orang Sungai..hehe


Novel karya Ramlee Awang Murshid

Timbunan buku

Putra World Trade Centre

Ramlee Awang Murshid tengah bagi autograph

Muka tengah excited..hehe

Murah-murah ja buku

Longgokan novel. Harga RM10 ja sebuah


No comments:

Post a Comment