Ehem2.. rajin pulak update blog sekarang ni.. kali ni Cik Sara nak story tentang perkhemahan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat Selangor. Program ni bawah anjuran Student Comunity Law Club UiTM Shah Alam atau singkatannya SCLC. Program yang dinamakan Ohana ni sebenarnya untuk nak eratkan lagi hubungan antara student fakulti law. Perjalanan dari UiTM Shah Alam ke tempat tu ada la dalam satu jam lebih. Kitorang tidur dalam khemah. Satu khemah 4 orang. Kitorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Seperti biasa, kena buat trade mark and cari nama kumpulan based on nama artis. Group kitorang nama Hanes Suraya.. hehe.. havoc gitu..
Aktiviti sebelah malam tu memang best. Ada fear factor. Game dia macam ni, fesie-fesei ni tutup mata kami semua dengan kain. Dengan mata tertutup tu kami kena masukkan tangan dalam kotak dan teka apa yg ada dalam tu. Bayangkan Cik Sara kena kotak yang ada CACING and KATAK.. huuwaaaa... menjerit jugak la masa tersentuh katak tu. Actually satu pengalaman la kan. So kalau korang kena handle game apa-apa, try la buat game macam ni.
Lepas game tu, kitorang masuk khemah untuk tidur. Lantai dia simen memang sakit badan. So kami yang kreatif ni, pinjam sejadah dekat surau untuk buat alas tidur. Keesokan paginya, lepas buat senaman ringan, kitorang start jungle tracking. Sangat mencabar bagi orang yang kurang bersukan macam Cik Sara ni. Mula-mula masuk jalan kampung. Lepas tu masuk hutan, redah sungai, pokok tumbang, ditambah dengan pacat yang sangat banyak. Alhamdulillah Cik Sara tak kena seekor pon pacat. Rasa penat macam nak give up ja tapi teruskan jugak sampai la akhirnya ke air terjun yang sangat menyejukkan. Bila nak turun, memang rasa mudah dan cepat. So apa yang Cik Sara conclude, untuk berjaya macam-macam halangan tapi bila nak jatuh senang sangat.
Petang tu kami semua bertolak balik. Group Cik Sara dapat nombor dua dan dapat dua hamper.. Penat tu memang penat tapi banyak benda yang Cik Sara dapat. Pengalaman, kawan baru dan macam-macam lagi. So kalau ada lagi program macam ni, rasa macam nak join jugak..:D
Cik Sara and bestfriends
Pemandangan di Lembah Pangsun
Inilah fear factor
Team Hanes Suraya
masa dalam bas
group Cik Sara tengah buat trade mark
sebelum jungle tracking
camp fire
ini la khemah yang kitorang tidur
lepas jungle tracking
Nur Lembah Pangsun Eco Resort
Semua peserta program
Banyak kan hamper kami
No comments:
Post a Comment