Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Wednesday, 23 April 2014

Rambut Gugur..!!! Santan Ada Penyelesaiannya

Hello korang semua.. sekarang ni cuaca tak menentu.. Kejap-kejap hujan, kejap- kejap panas. Kesannya my rambut mengalami masalah keguguran yang serius... OH TIDAKKK..!!!! even pakai tudung tapi sangat risau setiap kali sikat rambut. Gugur merata-rata.. Shampoo pon tak berkesan. Kulit kepala kering yang amat. So masa cuti mid sem baru ni, Cik Sara guna petua orang tua-tua iaitu guna santan. Kebetulan pulak ada pati santan dekat rumah.

Cara dia mudah saja. Basuhkan rambut dengan santan. Biar sekejap then bilas. Mula-mula rambut korang memang akan bau macam kari.. hehe.. Korang akan rasa berat ja sebab rambut tu berminyak. Minyak ni buat rambut tak kering so dapat kurangkan masalah keguguran rambut. Keesokannya, Cik Sara shampoo plak rambut sebab tak tahan baunya yang menusuk hingga ke jantung.. Jangan terus shampoo lepas guna santan. At least biar sehari supaya minyak tu dapat lembabkan rambut.

Hasilnya, rambut gugur kurang dan mengembalikan keyakinanku.. ewahhh.. Macam iklan gitu. Feeling-feeling Heliza dalam iklan Sunsilk.. hehe.. by the way, kepada sesiapa yang ada masalah keguguran rambut ni, boleh la cuba guna santan. Dengan izin Allah dapat la atasi masalah ni..XOXOD

p/s: kalau boleh guna la santan segar..:D



No comments:

Post a Comment