Quote Hari Ini

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.”
Maya Angelou

Monday, 19 May 2014

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Assalamualaikum semua..dah banyak hari Cik Sara tak update. Macam-macam cerita nak story kan tapi masa tak mengizinkan. 

Baru-baru ni Cik Sara berkesempatan untuk pergi forum bertajuk Inspirasi Ahmad Ammar. Forum ni istimewanya sebab ahli panel tu adalah ibu dan ayah Allahyarham Ahmad Ammar. Mungkin ada yang tak kenal siapa tu Ahmad Ammar. Ahmad Ammar seorang penunutut dalam bidang sejarah Uthmaniyah di Turki. Allahyarham banyak terlibat dalam program-program kemanusian walaupun usianya masih muda. Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja Malaysia dan mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau telah syahid di Turki pada usia 20 tahun akibat kemalangan. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Di tanah perkuburan ini juga bersemadinya 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ahmad Ammar adalah rakyat Malaysia pertama yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. 

Forum yang Cik Sara pergi ni diadakan di Pusat Islam UiTM Shah Alam. Ibu bapa Ahmad Ammar menceritakan perjalanan hidup dan perwatakan Allahyarham ketika di dunia. Ternyata Ahmad Ammar seorang yang sangat taat pada kedua ibu bapa. Keputusan cemerlang yang Arwah dapat memberi peluang untuknya memilih pelbagai cabang dan bidang pengajian tetapi beliau memilih sejarah kerana sejarah penting untuk umat. Menurut bapa Ahmad Ammar, Tuan Ahmad Azam Abd Rahman, Ammar telah direncana untuk Islam. Beliau mengambil contoh Muhd Al-Fatih. 7 langkah melahirkan Muhd Al Fatih ialah:
1: ada wawasan ummatik (buat sesuatu yg memberi impak kepada ummat)
2: nama yang bersesuaian dengan wawasan
3: ketinggian adab
4: soal penghayatan Al-Quran
5:amalan solat tahajud setiap malam
6: kuasai ilmu strategik pada masa tersebut
7: kuasai paling kurang 4 bahasa asing

Puan Azlina iaitu ibu kepada Ahmad Ammar dengan tenang menjawab pelbagai persoalan yang diajukan. Antara soalan yang ditanya adalah bagaimana Ahmad Ammar seimbangkan akademik dan kegiatan kemanusiaan. Pn Azlina cakap beliau tak obses dan tak bimbang kalau anak-anak beliau tak dapat A sebab anak-anak dah usaha yang terbaik. Ahmad Ammar dari kecil lagi dilibatkan dengan aktiviti kemanusiaan. Keputusan yang cemerlang adalah satu bonus. Puan Azlina cakap mungkin Ahmad Ammar berjaya kerana keihklasan beliau. 
Ada juga soalan yang bertanyakan bagaimana Puan Azlina sebegitu tabah atas pemergian anak trcinta. Sekali lagi dengan tenang beliau menjawab ketabahan datang dari Allah. Anak-anak bukanlah hak peribadi kita. Jasad sahaja tak ada, tapi jiwa sentiasa hadir. 

Puan Azlina juga cakap Ahmad Ammar adalah seperti remaja-remaja biasa. Allahyarham suka main sungai, berenang, baca komik detektive conan, tengok tv, tengok cerita Korea, download cerita Korea. Tapi cerita Korea yang genre peperangan. Pada usia 25 tahun, Ahmad Ammar akan dikahwinkan. Itu adalah perancangan yang dibuat oleh ayahnya. 

Ammar sanggup mengetepikan kehendak diri semata-mata untuk membahagiakan keluarganya. Beliau telah mempelajari sebuah kitab dari seorang imam yang penting di Turki. Imam ini merupakan susur galur keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Ahmad Ammar telah menghabiskan pelajaran kitab tersebut dan pada kali pertama beliau ingin mengajar kitab tersebut kepada orang lain, beliau telah kemalangan dan meninggal dunia.
Manurut Tuan Azam, kematian Ahmad Ammar telah membuka mata hati manusia.

Cik Sara sangat kagum dengan ketabahan ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar. Mereka juga telah mendidik seorang insan yang sangat baik dan bercita-cita untuk berbakti pada ummat. Cik Sara juga sempat bersalaman dengan Puan Azlina. Semoga Cik Sara juga diberi kekuatan dan ketabahan serta mampu menjadi seorang ibu yang sangat baik. Kalau kita tak mampu menjadi seperti Ahmad Ammar, apa yang diharapkan, dapatlah kita menjadi ibu bapa yang melahirkan insan seperti Allahyarham Ahmad Ammar.

Al Fatihah

p/s: Tiada perkataan rehat di dunia.dunia utk berjuang dan brpenat-penatan.rehat hanya sesuai di syurga nnti..rehat la slama2nya (Ahmad Ammar)



Ahmad Ammar

Ibu dan Ayah Ahmad Ammar


Forum


Pusara Ahmad Ammar



Monday, 12 May 2014

Budaya yang Menyerang Islam

Assalamualikum semua.. 

Alhamdulillah minggu lepas Cik Sara sempat pergi Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang diadakn di UiTm Shah Alam.. Tapi disebabkan kekangan kelas, Cik Sara sempat pergi sekejap ja. Masa pergi tu event dah start. Penceramahnya seorang yang dijemput dari Indonesia. Cik Sara nak berkongsi sedikit intipati yang sempat Cik Sara dapat. Ianya tentang budaya yanng menyerang Islam. Dekat sini Cik Sara listkan sedikit info.

1) Budaya Natal (Christmas)


2) New Year


3) Valentine
* Gereja Ortodoks Russia melarang valentine kerana hanya mitos. Asal usulnya tak jelas.



4)April fool
* Hari pembohongan. Ianya budaya boleh bohong apapun pada 1 April dan dianggap tidak berdosa. Sebenarnya hari ini adalah penipuan besar-besaran terhadap orang Islam



5) Easter
* Easter lagi penting dari Christmas. Salah satu cara mengajak muslim masuk gereja. Pada hari ini, banyak telur yang akan dilukis dan dihias cantik-cantik. Mereka percaya tuhan jesus bangkit pada hari itu.



6) Halloween
* Halloween diraikan pada 31 Oktober. Labu akan diukir. Asal usul perayaan ini adalah datangnya dari Kaum Hawa Samhain. Ianya untuk menandakan musim dingin atau tahun baru. Mereka percaya akan ada kekuatan ghaib pada masa tu. Penduduk akan dirasuk so sebab tu ada halloween. Mereka akan pakai costume hantu. Tujuannya untuk lawan hantu tu. Kalau diorang lebih menyeramkan dari hantu. so hantu kalah and hantu akan keluar dari kampung.


Inilah antara budaya yang orang Islam selalu terikut-ikut. Harapnya lepas ni kita cuba jangan terpengaruh dengan anasir-anasir sebegini. Ini saja yang dapat dikongsikan bersama. Harap-harap menjadi ilmu yang berguna untuk kita..^_^

p/s: Anda mampu mengubahnya..

Friday, 9 May 2014

Food Crime..!!!!!!!!!

Hai anda-anda semua..!!!!!!!!!!

Dah banyak hari tak update.. Busy dengan aktiviti. Cik Sara sebenarnya salah sorang ahli Sekretariat Mahasiswa Fakuti Undang-Undang atau singkatannya SMF. So Cik Sara nak story sikit tentang event pertama SMF for this sem.

7 and 8 hari bulan Mei telah berlangsungnya Food Crime. Food Crime sebenarnya criminal week dan international food fair. Criminal week ni kami jemput pihak polis dan AADK untuk buat pameran. Ada jugak charity booth. Makanan memang ada macam-macam jenis. Antaranya burger, kebab, pizza, sengkuang calit, thai food, keropok lekor, kek, takoyaki, lauk pauk, nasi kerabu, nasi dagang dan macam-macam lagi.. Pendek kata macam-macam ada. Masa mula-mula tu Cik Sara takot jugak kalau-kalau event ni tak dapat sambutan kan sebab yang jadi mangsa peniaga la tapi Alhamdulillah sebab so far kami dapat positive feed back. Ahli-ahli SMF pulak memang semua saling membantu so kerja yang berat jadi ringan. Masalah memang ada jugak sebab semua tak ada pengalaman dalam handle benda-benda macam ni tapi sekarang semua dah dapat pengalaman baru. Dari segi promotion event, kami post dekat twitter, facebook. Bukan tu ja, kami siap edar flyers lagi dari bilik ke bilik. Ada la dalam hampir 600 flyers. Tapi serious Cik Sara cakap, rasa lega lepas semua dah habis. Hari pertama tu masa lunch hour siap ada persembahan silat. Dan yang paling syukur, cuaca okey. Hujan pon selepas habis event. Syukur kerana Allah permudahkan segalanya. Conclusion yang boleh dibuat (macam karangan pulak siap ada conclusion..hehe) makanan dapat menyatukan kita semua..^_^

p/s: sory post kali ni macam hambar skit..















Wednesday, 30 April 2014

Pesanan bersama Imam Muda Azhar Ghazali

Assalamualaikum..Salam Rejab kepada semua..

Semalam Cik Sara dengan kawan (Shakina), pergi dengar ceramah yg disampaikan oleh Imam Muda Azhar. Program ni dekat Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. Cik Sara suka cara Imam Muda Azhar ni sampaikan ilmu dia. Sangat menarik. Banyak ilmu yang Cik Sara dapat. So hari ni Cik Sara nak kongsi dengan anda-anda semua. Cik Sara akan senaraikan inti pati ceramah semalam supaya dapat diamalkan dan menjadi renungan kita bersama.


- Jaga akidah. Jangan cepat terpengaruh.
- Untuk menghafal sesuatu yang baru, masa terbaik adalah 45 minit sebelum masuk  waktu maghrib
- Boleh jugak hafal semasa lepas maghrib sampai masuk waktu Isyak
- Sebelum study, berwuduk dan hadap kiblat.
- Semasa hafal, elakkan daripada melihat benda yang begerak. Contoh video ka sebab  otak kita akan merakam apa yang kita tengok tu jugak.
- Sebelum tidur, berwuduk la dulu kerana tidur dalam hadas akan cepat dapat  penyakit nyanyuk
- Wuduk dapat membuatkan hormon kita stabil
- Kalau nak menghafal, ada orang suka sebut kan apa yang dia nk hafal. Tapi kalau  kita sebut, senang tersasul. Contoh bila tengah baca surah Al Kafirun, tiba-tiba dekat  tengah tu kita tersambung dengan surah lain pulak.
- Bacalah guna imaginasi supaya senang ingat
- Jangan meludah di atas najis
- Jangan riak kerana apabila kita riak, Allah tak akan kira amalan tu.
- Mengeji adalah bila kita kata atau kutuk depan-depan. Contoh macam ni, "Aku  tengok lubang hidung kau ni besar sebelah. Dah la kau tu gemuk".
- Mengumpat adalah bila kita cakap benda yang betul tetapi di belakang. Kira tanpa  pengetahuan orang yang diumpat tu.
- Fitnah adalah kita cakap benda yang tak betul. Mereka-reka cerita yang tak ada.
- Jaga adab dengan guru.
- Jangan duduk di tempat guru
- Jangan panggil guru dengan nama sahaja. Contoh nama Cikgu Ismail. Jangan  panggil Mail ja..(terasa pulak..huhu)
- Jangan panggil ibu bapa dengan nama sahaja.
- Imam Syafie pernah memeluk Arab Badwi yang berpakaina kotor ni. Anak murid  beliau pun tanya kenapa Imam Syafie buat macam tu. Imam Syafie kata yang Arab  Badwi itu dianggapnya sebagai guru kerana pernah mengajarnya. Apa yang  diajar??? Sebenarnya Imam Syafie nak tahu mcam mana nak kenal anjing yang dah  matang. Jadi dia pun bertanya kepada Arab Badwi ni. Kerana itu, beliau menganggap  Arab Badwi ini sebagai gurunya.
- Tengok la betapa Imam Syafie yang mulia ini terlalu menghormati gurunya. Sebab tu  ilmu yang beliau ada bermanfaat sampai ke hari ini.
- Berdoalah agar ilmu yang kita dapat itu bermanfaat.
- Niat belajar kerana Allah bukan sebab parents suruh ka, bukan sebab nak dapat  degree ka. Niat itu penting.

Ni Cik Sara gabung ja semua segala inti pati yang dapat semalam. Sebenarnya banyak lagi tapi hanya ini yang mampu Cik Sara kongsikan. Sekarang bulan Rejab, maka terbukalah buku catatan amalan yang baru. Mulakan buku baru dengan catatan yang baik. Semoga kita semua mendapat redha Allah. Niatlah untuk pulang ke kampung halaman kita iaitu syurga. Adam dan Hawa iaitu permulaan kepada manusia datangnya dari syurga jadi marilah kita berakhir juga di syurga yang selama-lamanya. 

Kalau ada salah dan silap utnuk entry kali ni, Cik Sara mohon maaf banyak-banyak. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari Cik Sara sendiri...:D

p/s: kalau pergi dengar ceramah ka, bawalah buku dengan pen untuk mencatat..^_^



Sunday, 27 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Here I Come !!!

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua..

Coretan kali ini Cik Sara nak story skit tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Pesta buku ni bermula dari 24 April hingga 4 Mei 2014. Cik Sara pergi dengan sorang kawan ja sbb kami pon langsung tak plan nak ke sana. Plan tu datang tiba-tiba ja. Dah pukul 4 petang macam tu baru kitorang bergerak dari UiTM Shah Alam. Mula-mula naik bas,naik KTM. Ni first time Cik Sara ke pesta buku antarabangsa, excited sangat-sangat. Takot tu memang ada tapi this time we need to explore. Baca Ayat Kursi banyak-banyak dan tawakal. First kitorang tersilap turun bas. Sepatutnya dekat KL Sentral tapi kami turun dekat Bangsar. Masa nak balik pulak kami nak ke KL Sentral dari Putra tapi tersilap naik train. Kami naik yang ke Batu Cave. hehe.. masa tu dh pukol 9 lebih tapi mujur cepat sedar yang kitorang silap and berhenti dekat Sentul. Masa dekat Sentul plak terlepas train and terpaksa tggu another train pukol 9.52. Hampir setengah jam jugak la tunggu. Dari KL Sentral kami ambik train yg last sekali iaitu pukol 11 kalau tak silap. Macam-macam kan. Nasib tak sampai Batu Cave. hehe.. Okey, itu story tentang our journey. Sekarang Cik Sara nak story tentang apa yg ada dekat pesta buku tu.

Masa sampai, memang ramai sangat orang. Student sekolah yang datang by group pun ramai. Cik Sara dengan kawan (nama dia Tini) rasa macam heaven gilerrr sbb dapat tgk banyak sangat-sangat orang jual buku. Cik Sara masuk dekat yang Karangkraf. WOW!!!! Macam-macam adaaa.. Buku Agama, novel majalah and lain-lain. Ada novel yang diorang jual sebuah RM10 pun ada. Cik Sara ada lagi baucer buku RM50. Cik Sara guna beli novel tajuk Magis dengan Sunan-Nanggroe Sang Kembara yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Beliau ni la penulis kegemaran Cik Sara dari sekolah rendah sampai sekarang. Sangat minat cara penulisannya. Untuk my younger sis, Cik Sara beli majalah Klik yang ada tentang Kpop tu. Novel dapat less 20%. Total harga RM49.20. Masa lepas beli, Cik Sara usya jadual penulis yang akan hadir. Kalau ikutkan, Ramlee Awang Murshid ada. Sekali Cik Sara pandang, nampak dia tengah bagi autograph. HUWAAA....!!! I'm so excited. Cepat-cepat Cik Sara panggil Tini sebab dia pun minat jugak. Cik Sara heret tangan dia and pergi mintak Ramlee Awang Murshid tandatangan buku yang baru ja beli. Siap bergambar lagi.

After that, kami naik ke tinggat atas. Banyak buku and semua murah-murah. Buku rujukan ada yang sebuah RM5 ja. Buku latihan and buku cerita kanak-kanak RM2. Rasa macam nak borong ja semua yang ada. Cik Sara beli buku rujukan sejarah RM5, buku latihan geografi and sejarah (harga baru RM4). Sebab minat sangat-sangat buku cerita, Cik Sara beli 4 buah untuk anak saudara. Masa nak balik sempat lagi beli buku masakan RM2. Dekat-dekat pukol 9 malam baru kami keluar dari PWTC. Rasa puas sangat-sangat. Nasib hari Sabtu sebab kalau hujung minggu dia tutup pukol 9 malam. 

Lupa nak crita. Cik Sara ada sorang kawan dari Sabah. Dia kaum sungai. Sebelum ni memang tak pernah tahu n tak pernah dengar pun tentang kewujudan kaum ni. Tapi masa dekat pesta buku, kami jumpa buku tajuk Orang Sungai. hehe.. Keseluruhannya, memang best dan kepada siapa-siapa yang tinggal area KL, pergi la PWTC. Mesti tak rugi. For student, habiskan baucer buku anda di sana yee..^_^

p/s: Jauh perjalan, luas pengalaman.



Novel Cik Sara beli

Dapat begambar dengan Ramlee Awang Murshid

Bukti kewujudan Orang Sungai..hehe


Novel karya Ramlee Awang Murshid

Timbunan buku

Putra World Trade Centre

Ramlee Awang Murshid tengah bagi autograph

Muka tengah excited..hehe

Murah-murah ja buku

Longgokan novel. Harga RM10 ja sebuah


Friday, 25 April 2014

Barang Kpop??ShaZa Kpop Online Shop!!!

Hello..!!! Hari ni Cik Sara happy sangat sebab barang yang Cik Sara Order dah sampai.. Actually Cik Sara order beg and MP3 EXO. MP3 tu Cik Sara nak hadiahkan dekat adik Cik Sara sebab dia minat sangat dengan kumpulan Kpop EXO ni. Dekat my hometown yakni Langkawi, memang tak ada kedai yang jual barang-barang Kpop. Meby ada Cik Sara tak tau. So kalau nak beli, kena la beli melalui online. Terus terang cakap, Cik Sara takot sangat nak beli online sebab takut kena tipu. But adik Cik Sara yang fanatic Kpop ni mula search kedai Kpop online dan akhirnya jumpa website ShaZa Kpop Online Shop dekat Facebook. Ini blog dia http://shaza-kpopshop.blogspot.com/.. Barang yang mula-mula Cik Sara order ialah beg sekolah, pencil box and gambar Baekhyun. Ni semua barang-barang adik Cik Sara punya. Sepatutnya total harga more than rm100. tak ingat berapa tapi dia silap kira, dia kira rm90 kot kalau tak salah sebab dia lupa nak include harga pencil box. Cik Sara pon tak perasan. Dah pergi bank in semua baru teringat nak check balik. Bila salah Cik Sara bagitau la penjual tu (Kak Sha namanya). So dia cakap dia bagi ja pencil box tu percuma. After 3 minggu macam tu, barang pun sampai. Memang puas hati sangat.

Baru-baru ni pulak Cik Sara order barang baru. So dah sampai. Barang memang kualiti. Cuma MP3 tu lubang dia kecik tapi dia bagi earphone and USB saiz besar jadi memang tak boleh masuk la. Cepat-cepat Cik Sara inform Kak Sha. Cik Sara send gambar and bagi no order. Alhamdulillah Kak Sha ni jenis yang memahami dan sangat membantu. Dia nak tukar yang baru so I ask her sama ada nak return balik barang yang tak boleh guna tu. Actually boleh guna if kita pergi kedai and beli earphone and USB yang khas. Tapi kos tak tau la berapa. Apa yang Cik Sara terkejut is Kak Sha ni cakap simpan ja sebab tu yang awak. Nanti saya ganti yang baru. Wow.. Really awesome.. Tak ramai seller yang macam ni. Cik Sara tabik la sebab dia betol-betol jaga customer. Apa yang Cik Sara harap, perniagaan dia akan lebih maju. Cik Sara suggest dekat siapa-siapa yang nak beli barang Kpop, beli la dekat website dia. Sangat senang communicate and berkompromi.  Dekat bawah ni Cik Sara tunjuk barang-barang yang Cik Sara dah order.

p/s: tak rugi kita buat baik dengan orang..^_^


ni barang yang first time beli

ini beg Cik Sara

MP3 EXO

Selfie Bahaya?? OH NOOO!!!!

Salam ceria to korang semua.. Post kali ni tentang gejala selfie. Sekarang ni makin ramai yang suka ambik gambar sendiri and then post dekat Instagram, Twitter dan Facebook. Benda tu sekarang dah jadi macam habit or lebih tepat dah jadi trend. Siap ada jual monopod lagi sebab nk bagi mudah selfie.. Mula-mula Cik Sara ingat nothing wrong with this habit tapi bila Cik Sara baca surat khabar, terkejut beruk dengan kajian yang dibuat. Selfie dikaitkan dengan penyakit mental.. OH TIDAKKK!!!!

Jabatan Kesihatan Mental Thailand menyatakan yang selfie ni boleh membuatkan seseorang kurang keyakinan diri and boleh membuat seseorang tu ketagih.

Ini Cik Sara petik kata-kata seorang pakar kesihatan mental;

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Tapi memang Cik Sara akui, selfie ni sometime sampai susah nak diterima akal. Mana taknya, bila kepala terhantuk dinding and berdarah, the first thing yang dibuat adalah selfie, upload dekat Facebook with caption "kepala I luka ni".

What...!!! Itu yang dia buat..??? Bukannya nak pergi cari ubat ka. Itu dah tahap teruk tu. By the way, niat Cik Sara just nak kongsi maklumat sebab Cik Sara pon selfie jugak.. hehe.. Tapi tak ada la sampai tahap ketagih. Just for fun. Jangan biarkan diri anda diselebungi selfie..^_^



Wednesday, 23 April 2014

Nur Lembah Pangsun Eco Resort

Ehem2.. rajin pulak update blog sekarang ni.. kali ni Cik Sara nak story tentang perkhemahan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat Selangor. Program ni bawah anjuran Student Comunity Law Club UiTM Shah Alam atau singkatannya SCLC. Program yang dinamakan Ohana ni sebenarnya untuk nak eratkan lagi hubungan antara student fakulti law. Perjalanan dari UiTM Shah Alam ke tempat tu ada la dalam satu jam lebih. Kitorang tidur dalam khemah. Satu khemah 4 orang. Kitorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Seperti biasa, kena buat trade mark and cari nama kumpulan based on nama artis. Group kitorang nama Hanes Suraya.. hehe.. havoc gitu..

 Aktiviti sebelah malam tu memang best. Ada fear factor. Game dia macam ni, fesie-fesei ni tutup mata kami semua dengan kain. Dengan mata tertutup tu kami kena masukkan tangan dalam kotak dan teka apa yg ada dalam tu. Bayangkan Cik Sara kena kotak yang ada CACING and KATAK.. huuwaaaa... menjerit jugak la masa tersentuh katak tu. Actually satu pengalaman la kan. So kalau korang kena handle game apa-apa, try la buat game macam ni.

Lepas game tu, kitorang masuk khemah untuk tidur. Lantai dia simen memang sakit badan. So kami yang kreatif ni, pinjam sejadah dekat surau untuk buat alas tidur. Keesokan paginya, lepas buat senaman ringan, kitorang start jungle tracking. Sangat mencabar bagi orang yang kurang bersukan macam Cik Sara ni. Mula-mula masuk jalan kampung. Lepas tu masuk hutan, redah sungai, pokok tumbang, ditambah dengan pacat yang sangat banyak. Alhamdulillah Cik Sara tak kena seekor pon pacat. Rasa penat macam nak give up ja tapi teruskan jugak sampai la akhirnya ke air terjun yang sangat menyejukkan. Bila nak turun, memang rasa mudah dan cepat. So apa yang Cik Sara conclude, untuk berjaya macam-macam halangan tapi bila nak jatuh senang sangat.

Petang tu kami semua bertolak balik. Group Cik Sara dapat nombor dua dan dapat dua hamper.. Penat tu memang penat tapi banyak benda yang Cik Sara dapat. Pengalaman, kawan baru dan macam-macam lagi. So kalau ada lagi program macam ni, rasa macam nak join jugak..:D

Cik Sara and bestfriends

Pemandangan di Lembah Pangsun

Inilah fear factor

Team Hanes Suraya

masa dalam bas

group Cik Sara tengah buat trade mark

sebelum jungle tracking

camp fire

ini la khemah yang kitorang tidur

lepas jungle tracking

Nur Lembah Pangsun Eco Resort

Semua peserta program

Banyak kan hamper kami

Rambut Gugur..!!! Santan Ada Penyelesaiannya

Hello korang semua.. sekarang ni cuaca tak menentu.. Kejap-kejap hujan, kejap- kejap panas. Kesannya my rambut mengalami masalah keguguran yang serius... OH TIDAKKK..!!!! even pakai tudung tapi sangat risau setiap kali sikat rambut. Gugur merata-rata.. Shampoo pon tak berkesan. Kulit kepala kering yang amat. So masa cuti mid sem baru ni, Cik Sara guna petua orang tua-tua iaitu guna santan. Kebetulan pulak ada pati santan dekat rumah.

Cara dia mudah saja. Basuhkan rambut dengan santan. Biar sekejap then bilas. Mula-mula rambut korang memang akan bau macam kari.. hehe.. Korang akan rasa berat ja sebab rambut tu berminyak. Minyak ni buat rambut tak kering so dapat kurangkan masalah keguguran rambut. Keesokannya, Cik Sara shampoo plak rambut sebab tak tahan baunya yang menusuk hingga ke jantung.. Jangan terus shampoo lepas guna santan. At least biar sehari supaya minyak tu dapat lembabkan rambut.

Hasilnya, rambut gugur kurang dan mengembalikan keyakinanku.. ewahhh.. Macam iklan gitu. Feeling-feeling Heliza dalam iklan Sunsilk.. hehe.. by the way, kepada sesiapa yang ada masalah keguguran rambut ni, boleh la cuba guna santan. Dengan izin Allah dapat la atasi masalah ni..XOXOD

p/s: kalau boleh guna la santan segar..:D



Asasi Undang-Undang UiTM

Apa itu program asasi undang-undang???
Okey. Post Cik Sara kali ini adalah nak bagi penerangan sikit program asasi ni macam mana. Program asasi basically satu tahun (kira fast track la). Cik Sara dulu asasi undang-undang dekat UiTM Merbok. So Cik Sara focus more on undang-undang. Asasi undang-undang ni ada dua pulak. Satu under UiTM dan satu lagi under KPTM. Yang Cik Sara punya under UiTM. Ada dua sem. Asasi belajar basic things contoh kalau contract, belajar element tapi touch on surface je. Tak mendalam sangat. Sem 1 ada 7 subjek dan sem dua ada 8 subjek. Teros terang cakap, memang asa penat dan stress sbb jadual padat terutama sem 2. Tapi alah bisa tegal biasa kan. Kelebihan asasi ni pertama dia cepat masuk degree. Yang kedua dapat elaun. $$$..itu yang best..hehe.. Satu sem dpt RM1900 include yuran. So tak payah buat pinjaman apa-apa lagi. Belajar pulak fully English kecuali subjek agama. Kolej (asrama) memang dapat. Tapi elaun dan kolej ni hanya untuk dua sem. Kalau ditakdirkan kena repeat dan extend ke sem 3, so sem 3 tu kena survive sendiri without any elaun. 

Untuk sambung ke degree undang-undang UiTM, kena bagi dapat pointer 3 ke atas dan MUET Band 4. MUET ni yang menbuatkan ramai student asasi undang-undang x dapat nk further degree law under UiTM. Dengar kata, sekarang ni kalau dah penuhi dua syarat tu, ada pulak temuduga. Ini kalau untuk Degree Law in UiTM. Univesiti lain, lain la requirement dia. Kalau asasi yang bawah KPTM, pointer KPTM kena 3.5 dan ke atas. Pointer KPTM ni dia kira subjek law sahaja. Contoh kalau sem 1 ada 3 subjek law, 2 subjek English, 1 subjek agama dan 1 subjek computer, so pointer KPTM tu hanya kira 3 subjek law tu saja.

Antata aktiviti time asasi adalah lawatan ke court. Cik Sara dulu buat lawatan ke Mahkamah Tinggi Ipoh. So student ada peluang untuk tanya soalan dekat judge. Macam-macam lagi aktiviti ada, contoh Sport Day. Yang paling best adalah Dinner. Time tu la nak bergaya, make up and pakai baju cantik-cantik kan. Dinner Cik Sara dulu dekat hotel Park Avenue, Sungai Petani. Kalau bab-bab assignment jangan risau sebab kebanyakan assignment adalah pair work atau group work. Yang individual sikit ja. So kepada siapa-siapa yang minat ke arah membaca, masuk la asasi undang-undang. InshaAllah best.




 Baju hitam putih kena pakai setiap Ahad dan Rabu


Classmate Cik Sara




ini masa Dinner